Thursday, November 29, 2018

VIDEO PROMOSI TASIK TIMUR WUHAN MEMBUAT PENAMPILAN MENAKJUBKAN



WUHAN, China, 28 Nov (Bernama) -- Video promosi  bagi bandar raya tengah China, Wuhan yang memaparkan Tasik Timur mereka telah dipaparkan pada Persidangan Bandar raya Persahabatan Antarabangsa China pada November. Platform video pendek dan akaun popular di China, termasuk Yangtze River Daily, Xinpianchang, Hubei TV dan Wuhan Broadcasting and Television, telah menularkan perkara itu. Jumlah paparan kumulatif telah mencapai 100,000 setakat waktu tengah hari pada 16 Nov. Lebih 1,000 penonton menyiarkan komen mereka.

Untuk rakaman video berkualiti siaran dan imej beresolusi tinggi, sila layari Siaran Berita Multimedia:
http://news.medianet.com.au/xinhua/promo-video-wuhan-east-lake-makes

Pasukan penciptaan video itu termasuk Li Sheng, seorang penulis dan pengarah kanan yang juga merupakan penulis untuk video promosi bagi Wuhan. Li, 74, telah melawat Tasik Timur pada setiap minggu sejak April untuk mencari inspirasi. Selepas setengah tahun berusaha dan memperkemaskannya, beliau telah memuktamadkan artikel yang mengandung 1,768 huruf untuk video itu. Pakar klasik Cina Shu Bangxin berkata penulisan bagi kedua-dua Tasik Timur dan bandar raya Wuhan adalah klasik, dengan penulisan untuk tasik itu adalah lebih baik. Li menulis dengan menzahirkan perasaan cintanya untuk bandar raya itu. Deng Siming, seorang pakar sejarah, juga memuji hasil penulisan Li.

Zhang Wen, cucu kepada Zhou Cangbai yang telah membina Taman Tasik Timur itu dan anak perempuan soprano terkenal China Zhou Xiaoyan, mengutuskan ucapan tahniah pada detik awal pada 16 Nov kepada Li dengan berkata, "Ia sungguh cantik!" sebanyak tiga kali. Beliau berkata kata-kata Li sangat menyentuh perasaan dan mesra dan membuat beliau merasa bangga. Apabila beliau kembali melawat ke tasik itu pada April, beliau hampir tidak dapat mengenali taman tasik itu. "Video promosi itu adalah satu cara yang lebih baik untuk bercerita bagi membolehkan lebih ramai orang mengetahui mengenai Tasik Timur dan Wuhan secara keseluruhan."

Jurugambar Guo Dagong, yang juga anak saudara kepada Zhou Xiaoyan, berkata kata-kata dan gambar-gambar saling melengkapi di antara satu sama lain yang "memenuhi penonton dengan imaginasi tanpa batas". 

No comments:

Post a Comment