Wednesday, November 7, 2018

SIGMA MEMBUAT, MENJUAL DAN MENYAMPAIKAN PENAWARAN PASARAN INOVATIF ANDA YANG SETERUSNYA

Sigma bakal bersama dengan Telkomsel di dalam memenuhi jangkaan pelanggan yang semakin meningkat di dalam era digital di Transformasi Digital Asia, Kuala Lumpur; pembekal perisian yang telah memenangi anugerah juga akan menunjukkan penciptaan tawaran dinamik yang berinovatif dan NaaS dalam Tindakan pada Pemangkin Forum TM
 

TORONTO, 7 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sigma Systems, pemimpin dunia di dalam perisian yang berasaskan katalog, telah memuktamadkan program mereka pada Transformasi Digital Asia tahun ini dari 13 hingga 15 November di Kuala Lumpur.
 
Sigma akan membentangkan yang terbaharu dalam melancarkan perkhidmatan berinovatif dan model-model perniagaan yang baharu di dalam persekitaran komunikasi yang rumit semasa acara Forum TM Asia di Kuala Lumpur dan mempamerkan portfolio lengkap cipta-jual-hantar yang telah memenangi anugerah yang menyokong transformasi digital, bandar raya pintar dan Perkhidmatan Kehidupan di Petak #10.
 
Di samping itu, Ketua Pegawai Teknologi yang telah memenangi anugerah Catherine Michel akan menyertai Telkomsel untuk bercakap tentang memenuhi jangkaan pelanggan yang meningkat dalam era digital pada Selasa, 13 November pada pukul 11:50 pagi waktu tempatan. Pada Rabu 14 November, Sigma akan sekali lagi menarik perhatian pada pukul 11:40 pagi dan 4:00 petang, pertama sekali dengan Swisscom untuk membincangkan dari mendapatkan visi kepada menjadi kenyataan sebagai sebuah Pengendali Digital 2025 dan kemudian dengan Infosys, dengan bercakap mengenai sama ada sumber terbuka adalah merupakan masa hadapan bagi OSS/BSS.
 
Sigma akan juga mengambil bahagian di dalam dua pemangkin Forum TM pada acara itu. Yang pertama, dengan kerjasama Telstra dan BT, akan melihat kepada NaaS dalam Tindakan dan menunjukkan bagaimana untuk mengautomasikan definisi pesat, merancang secara terperinci, menguji dan pemantauan gelung tertutup yang berlanjutan bagi sebuah perkhidmatan komposit yang kompleks merentasi domain teknologi yang berbeza. Pemangkin kedua dengan kerjasama Ooredoo, yang bertajuk CEM/OSS untuk Analitik Ramalan Rangkaian Hibrid & Dinamik tawar penciptaan, dilihat untuk menunjukkan sebuah aplikasi analitik yang berinovatif untuk mengoptimum dan memperibadikan tawaran bagi pelanggan berdasarkan pada analisis ramalan tepat masa bagi pengguna individu akhir.
 
Untuk menganjurkan sebuah demonstrasi peribadi atau bercakap dengan Sigma mengenai portfolio perisian mereka ketika berada di Kuala Lumpur, sila layari https://sigma-systems.com/event/tm-forum-digital-transformation-asia/ atau e-mel kepada info@sigma-systems.com. Sekiranya anda tidak menghadiri acara ini, tetapi ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari www.sigma-systems.com.
 
AKHIR
 
Maklumat mengenai Sigma Systems (sigma-systems.com atau Twitter @SigmaSystems)
 
Sigma Systems adalah peneraju dunia di dalam penyelesaian perisian yang berasaskan katalog untuk komunikasi, media, dan syarikat-syarikat berteknologi tinggi. Ia memberi perkhidmatan kepada lebih 80 pelanggan di 40 buah negara dengan produk-produk mereka yang telah memenangi anugerah. Portfolio syarikat itu merangkumi ke seluruh perusahaan Katalog, Sebut Harga Konfigurasi (CPQ), produk Pengurusan Pesanan, Peruntukan dan Wawasan selain menawarkan satu set perkhidmatan utama termasuk perkhidmatan profesional, perkhidmatan awan, dan perkhidmatan yang terurus. Sigma menggunakan satu pendekatan tangkas untuk melaksanakan produk B/OSS mereka bagi pelanggan mereka. Sigma mempunyai pejabat di Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan Asia Pasifik, dengan rakan teknologi dan pengintegrasian di seluruh dunia.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181105006030/en/
 
Hubungi

Milner Strategic Marketing Ltd.
Chloe Purcell, +44 1473 633123
Pengurus Perhubungan Awam Strategik
atau
Sigma Systems
Glenn Gibson, +1-416-827-6851
Naib Presiden Pemasaran
 
Sumber : Sigma Systems
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment