Friday, November 16, 2018

NEURALSTEM MELAPORKAN HASIL KEWANGAN SUKU KETIGA TAHUN 2018 DAN MENGELUARKAN KEMAS KINI PERNIAGAAN

- NSI-189 Menerima Status Yatim untuk Rawatan Sindrom Angelman -

- Ujian Klinikal Fasa 2 NSI-566 Dimulakan untuk Rawatan Strok Kronik -

- Program Sel Stem NSI-532 Generasi Kedua Menunjukkan Hasil Praklinikal Positif untuk Penyakit Alzheimer -

- Penutupan Tawaran Langsung Berdaftar Bernilai $2.1 Juta - 


GERMANTOWN, Md., 16 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq: CUR), syarikat biofarmaseutikal yang memfokuskan pada perkembangan terapi sistem saraf berasaskan teknologi sel induk saraf dan teknologi molekul kecil hari ini mengeluarkan kemas kini perniagaan dan melaporkan hasil kewangannya untuk suku ketiga berakhir 30 September 2018.

“Dalam suku ketiga 2018, program kami telah membuahkan hasil, kami telah mengambil langkah untuk mengukuhkan kedudukan kewangan dan menentukan cara untuk memfokuskan usaha demi meneruskan langkah kami,” kata Jim Scully, Ketua Pegawai Eksekutif Sementara Neuralstem.  “Kami yakin yang hasil daripada tawaran baru-baru ini, ditambah dengan usaha kami untuk mengurangkan cash burn akan membolehkan kami mencapai inisiatif pembangunan utama yang akan diterangkan dalam minggu-minggu akan datang.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11628

No comments:

Post a Comment