Friday, November 9, 2018

Pengarah Huang Huang menang anugerah 'Spirit of Asia' di Jepun

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) – Pengarah Huang Huang telah memenangi Anugerah ‘Spirit of Asia’ oleh Pusat Yayasan Asia Jepun bagi filemnya ‘Wushu Orphan’.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden Yayasan Asia Jepun, Hiroyasu Ando ketika majlis penyampaian anugerah Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF) ke-31 yang telah diadakan di Tokyo Jepun dari 25 Okt hingga 3 Nov lepas.

Menurut TIFF dalam satu kenyataan, anugerah itu diberikan kepada pengarah yang berwibawa dalam bahagian ‘Asian Future’ TIFF, terpilih berdasarkan peluang untuk meraih kejayaan antarabangsa melampaui budaya dan sempadan negara.

Mengucapkan terima kasih kepada juri dan TIFF dalam bahasa Inggeris, Jepun dan Cina, Huang juga berkata: "Saya mungkin suatu hari menjadi sebahagian daripada 'masa lalu Asia', tetapi pada masa ini, terima kasih atas anugerah ‘Asian Future’ ini."

Anugerah Filem Terbaik ‘Asian Future’ jatuh kepada 'A First Farewell', arahan Lina Wang dan anugerah paling berprestij, Grand Prix Tokyo, diberikan kepada Mikhael Hers untuk 'Amanda'.

Pusat Yayasan Asia dan TIFF telah lima tahun menjalinkan kerjasama. Usaha ini bertujuan memantapkan persefahaman bersama di Asia dengan mempamerkan filem Asia di Jepun dan filem Jepun di Asia, dan dengan membawa bakat Asia ke pesada dunia melalui TIFF.

Maklumat lanjut boleh didapati di https://2018.tiff-jp.net/en/

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment