Friday, November 2, 2018

​CNH INDUSTRIAL DAN FARMERS EDGE UMUMKAN PERKONGSIAN STRATEGIK BERBILANG TAHUN

Perkongsian ini memanfaatkan keupayaan yang kukuh di dalam AI dan pembelajaran mesin, dengan inovasi dan pengeluaran yang bertaraf dunia di dalam peralatan pertanian

LONDON & WINNIPEG, Manitoba, 2 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CNH Industrial (NYSE: CNHI/MI: CNHI), satu daripada pengeluar jentera perladangan yang terbesar di dunia, dan Farmers Edge™, sebuah pemimpin dunia di dalam bidang membuat keputusan pertanian, telah mengumumkan satu perkongsian pertanian digital yang strategik hari ini. Melalui rangkaian peniaga mereka yang meluas, CNH Industrial akan memastikan penyelesaian digital ketepatan keluaran Farmers Edge tersedia kepada pelanggan mereka, sekali gus mendorong Farmers Edge untuk mencapai sasaran mereka iaitu 150,000 peranti yang disambungkan dalam tempoh tiga tahun akan datang, termasuk 100,000 peralatan perladangan dan 50,000 sensor medan yang bersambung. Bersamaan dengan itu, perkongsian itu membuka jalan bagi pengedar CNH Industrial untuk memanfaatkan penyambungan digital dengan pelanggan mereka di seluruh dunia.

"CNH Industrial mengiktiraf kepentingan pertanian digital bagi peniaga dan pelanggan kami," kata Hubertus Mühlhäuser, Ketua Pegawai Eksekutif, CNH Industrial. "Farmers Edge mempunyai data berpusat di medan yang terkemuka di dunia, sensor perkakasan dan medan yang disambungkan yang menyalurkan kepada sebuah proprietari, platform Al dan sains data yang berkedudukan tinggi. Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan mereka bagi mengembangkan lagi strategi perladangan kami yang bersambungan, dan pada masa yang sama memastikan penanam mengekalkan kawalan ke atas data mereka."

Ladang pada hari ini adalah kaya dengan data dan sangat bergantung kepada penyambungan tepat masa. Ia tidak lagi memadai untuk melihat data selepas sesuatu perkara itu telah berlaku. Industri menuntut pandangan jauh yang bukan sahaja lebih cepat, lebih tepat, dan memberikan hasil yang boleh diukur. Data, membuat keputusan, dan keuntungan mempunyai hubung kait yang rapat. Menggabungkan AI, IoT, dan analisis ramalan dengan tahap penyambungan global yang baharu menyediakan kepada pemegang kepentingan yang merentasi keseluruhan ekosistem pertanian dengan tahap data yang tidak pernah berlaku sebelum ini (makro, serantau, mikro, medan ke medan) untuk menyokong pengambilan keputusan, meminimumkan risiko dan memaksimumkan potensi pertumbuhan.

"Menggabungkan rangkaian jentera perladangan dan peniaga yang terbaik di dunia dengan FarmCommand, platform tunggal bagi pertanian digital yang paling maju dan komprehensif yang terdapat, akan mendefinisikan semula cara industri mengamati nilai bagi data ladang," kata Ron Osborne, Ketua Pegawai Strategi dan Produk bagi Farmers Edge.

"CNH Industrial adalah satu daripada syarikat yang paling terkenal dan dihormati di dalam industri pertanian global; dan menjalin perkongsian dengan mereka merupakan satu langkah penting bagi kami," kata Wade Barnes, Ketua Pegawai Eksekutif, Farmers Edge. "Kami menyelaraskan diri kami untuk berusaha ke arah satu matlamat bersama untuk menyampaikan satu gelombang baharu di dalam pengambilan keputusan pertanian. Perkongsian itu menawarkan pilihan dan perkhidmatan yang eksklusif yang menggabungkan produk yang boleh dipercayai dan inovasi teknologi yang diterjemahkan ke dalam peningkatan prestasi dan produktiviti."

Maklumat mengenai CNH Industrial

CNH Industrial N.V. (NYSE: CNHI / MI: CNHI) adalah sebuah peneraju dunia di dalam sektor barangan modal dengan pengalaman industri yang mantap, pelbagai produk dan mempunyai kehadiran di seluruh dunia. Setiap jenama individu yang dimiliki oleh Syarikat itu adalah merupakan satu kuasa antarabangsa yang utama di dalam sektor perindustrian mereka yang khusus: Case IH, New Holland Agriculture dan Steyr untuk traktor dan jentera pertanian; Case dan New Holland Construction untuk peralatan tolak tanah; Iveco untuk kenderaan komersial; Iveco Bus dan Heuliez Bus untuk bas dan koc; Iveco Astra untuk kuari dan kenderaan pembinaan; Magirus untuk kenderaan memadamkan kebakaran; Iveco Defence Vehicles untuk pertahanan dan perlindungan awam; dan FPT Industrial untuk enjin dan sistem gear. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web korporat: http://www.cnhindustrial.com

Maklumat mengenai Farmers Edge

Farmers Edge adalah sebuah peneraju dunia di dalam membuat keputusan penyelenggaraan pertanian ke atas lebih 22 juta ekar produk berbayar di seluruh dunia dengan penyelesaian digital yang bertepatan. Mengintegrasikan data berpusat di medan, perisian yang mudah untuk digunakan, teknologi pemprosesan yang canggih, pemodelan ramalan, dan analisis agronomi termaju, Farmers Edge menyediakan kepada penanam dengan penyelesaian berskala untuk menghasilkan lebih banyak dengan menggunakan peralatan yang sedikit. Dengan menggunakan peralatan agronomi digital yang berinovatif, penyelesaian Farmers Edge memberi tumpuan kepada pengeluaran hasil tinggi yang mapan, tanaman yang berkualiti tinggi dan direka untuk mengoptimumkan input, meminimumkan kesan alam sekitar, dan melindungi daya saing ekonomi bagi ladang itu. Dari pemilihan benih kepada menghasilkan analisis data, Farmers Edge mengubah data besar kepada pandangan yang kena pada masanya dan tepat untuk menyokong membuat keputusan yang berpengetahuan. Untuk maklumat lanjut mengenai Farmers Edge, sila layari FarmersEdge.ca atau FarmersEdgeUSA.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11581

No comments:

Post a Comment