Monday, November 19, 2018

JAM CITY DAN DISNEY UMUM PERKONGSIAN PEMBANGUNAN PERMAINAN MUDAH ALIH PELBAGAI-TAHUN

Jam City untuk Membangun Papan Permainan Mudah Alih Baru Berdasarkan Pixar Ikon Global dan IP Studio Animasi Walt Disney dan Akan Mengambil alih sebagai Penerbit Permainan Emoji Blitz Mudah Alih Popular
 
LOS ANGELES, 15 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jam City, pemimpin dalam hiburan mudah alih, hari ini mengumumkan perkongsian pembangunan permainan mudah alih pelbagai tahun dengan Disney yang merangkumi Jam City mengambil alih permainan mudah alih Disney, iaitu Disney Emoji Blitz. Ahli-ahli Studio Permainan Glendale Disney akan menyertai Jam City dan terus beroperasi dan mengembangkan Disney Emoji Blitz sebagai sebahagian daripada pasukan Jam City. Jam City juga akan mempunyai hak untuk membangunkan permainan mudah alih baru berdasarkan karakter dan cerita ikonik dari Pixar dan Studio Animasi Walt Disney. Permainan pertama yang dirancang Jam City dan Disney ialah untuk membangunkan sebuah permainan mudah alih berdasarkan sekuel Frozen Animasi Disney.

 
Siaran akhbar ini mempunyai multimedia. Lihat siaran penuh di sini:
http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51897726&lang=en



"Jam City berbangga untuk berkerjasama dengan Disney," kata Chris DeWolfe, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Jam City. "Disney adalah pemimpin dunia dalam watak-watak dan jenama yang dicintai yang telah berhubung dengan beberapa generasi peminat selama beberapa dekad. Kepimpinan Jam City dalam hiburan mudah alih berdasarkan IP hiburan ikonik, menjadikan syarikat kami sebagai rakan kongsi yang ideal untuk membangunkan barisan permainan mudah alih baru dengan francais Disney yang paling popular."

"Walaupun perniagaan pelesenan kami untuk permainan Animasi Disney dan Pixar telah berkembang sejak tahun lepas dan kami mempunyai beberapa  pemaju utama yang mewujudkan permainan Disney, perjanjian dengan Jam City ini mewakili peluang jangka panjang yang signifikan untuk  perniagaan permainan kami dan untuk permainan Disney dan Pixar di masa akan datang," kata Kyle Laughlin, Naib Presiden Kanan Permainan dan Pengalaman Interaktif di Disney.  

No comments:

Post a Comment