Friday, November 30, 2018

​DOMPET BELIA CINA MENJADI SASARAN: SUATU GEGARAN BELIA DIGITAL BERNILAI AS$9 TRILION

SYDNEY, 29 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pertembungan sudah bermula untuk hati, minda (dan dompet) bagi Millennial Cina. Menurut Ahli Futuris Rocky Scopelliti  yang baharu sahaja menghasilkan sebuah buku baharu bertajuk Youthquake 4.0 - A Whole Generation and The New Industrial Revolution, berkata "Saiz dompet Millennial Cina telah bertambah untuk melampaui apa yang dimiliki oleh purata penduduk dewasa Cina sebanyak 16 peratus."

"Penguasaan kekayaan global yang dikuasai oleh Millennial di Asia Pasifik telah mencapai 45 peratus, melebihi Amerika sebanyak 22 peratus dan Eropah, Timur Tengah, Afrika sebanyak 14 peratus. Menjelang tahun 2020, angka ini akan menjadi dua kali ganda kepada AS$35.3 trilion[1]. Untuk meletakkannya ke dalam sudut perspektif ini, pada masa yang sama, KDNK Amerika Syarikat disasarkan hanya AS$22 trilion dan zon Euro AS$13 trilion. Millennial Cina adalah yang pertama di Asia untuk menjadi kumpulan demografi yang paling berharga, dan satu kuasa ekonomi yang disegani," kata Scopelliti.

Scopelliti menjelaskan bahawa abad ke-21 akan dibentuk oleh golongan Millennial yang telah menjadi kumpulan demografi terbesar di planet ini - 58 peratus yang mana berada di Asia Pasifik. Pengaruh mereka sebagai pengguna, pekerja dan pelabur akan hanya meningkat dari titik ini.

Diterbitkan secara global oleh Marshall Cavendish, buku yang pertama seumpamanya di dunia menganalisis isu-isu global kontemporari, yang meruap oleh impak daripada pengaruh golongan Millennial dan Revolusi Perindustrian ke-4.

"Asia menjadi ‘kilang’ bagi Revolusi Perindustrian Ketiga, menyesuaikan diri dengan perubahan ekonomi dan teknologi global yang memperlihatkan keupayaannya untuk menyesuaikan diri kepada perkembangan ekonomi dan teknologi global yang terus berubah dan secara berterusan mencipta kembali kelebihan berbanding. Asia berada pada juring untuk mengatasi Amerika Syarikat bagi pasaran modal teroka yang terbesar di dunia dengan menarik dana berjumlah AS$70.8 bilion pada tahun 2017 berbanding AS$71.9 bilion oleh Amerika Syarikat"[2] dan dijangka melonjak mengatasi Amerika Syarikat ke dalam Revolusi Perindustrian ke-4," kata Scopelliti.

Pelaburan di dalam penemuan teknologi yang baru muncul di dalam bidang kecerdasan buatan, robotik, Internet Benda (IoT), kenderaan berautonomi, percetakan 3D, bioteknologi, nanoteknologi, sains bahan, penyimpanan tenaga, blok rantai dan pengkomputeran kuantum meletakkan asas bagi abad untuk Asia.

Sebagai seorang ahli futuris yang terkenal di dunia, lebih daripada 150 pasukan lembaga dan  kepimpinan -- termasuk syarikat-syarikat Fortune 100 -- mendapatkan nasihat strategik Scopelliti pada setiap tahun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11671

No comments:

Post a Comment