Monday, November 19, 2018

UPTOWN SHAH ALAM BEROPERASI SEMULA HARI INI

SHAH ALAM, 19 Nov (Bernama) -- Operasi Uptown Shah Alam yang ditutup sementara akibat kebakaran yang berlaku pada 12 November lalu kini akan beroperasi semula hari ini.
 
Pengurus Komunikasi Korporat, Ishak Hashim berkata, operasi perniagaan di lot perniagaan yang tidak terjejas akan berjalan seperti biasa dan orang awam boleh ke Uptown Shah Alam bermula malam ini.
 
Mengenai PKNS
 
PKNS ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964, sebagai agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor, bertujuan untuk menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial untuk mencapai visi negara. Sikap optimis ini direalisasikan melalui pembangunan pusat pertumbuhan baru, perumahan, perindustrian, perniagaan dan pelaburan.
 
SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Haji Ishak Hashim
Pengurus Komunikasi Korporat PKNS
Tel : 03-5525 0326/ 0329/ 012-6633 651 
Email : ishak@pkns.gov.my 

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment