Wednesday, November 28, 2018

TEROKAI PAVILION BULUH DI EKSPO FLORA SEDUNIA TAICHUNG

TAICHUNG, Taiwan, 28 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Ekspo Flora Sedunia Taichung, yang berlangsung dari 3 November hingga 24 April, 2019 akan menampilkan pembinaan buluh paling tinggi yang pernah dibina di Taiwan bagi penggemar ekspo untuk menerokai dan berinteraksi dengan ruang dalaman buluh.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181127005953/en/

Direka oleh arkitek Chen Yi-chung dari Studio ZUO yang berpusat di Taichung, Pavilion Buluh itu dibina dengan menggunakan buluh, sejenis tumbuhan yang cepat tumbuh dan bahan semula jadi yang boleh diperbaharui dengan nisbah kekuatan-kepada-berat yang tinggi yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

Menurut Chen, Pavilion Buluh itu dibina kebanyakannya dengan menggunakan buluh yang ditanam di Taiwan bagi menggantikan konkrit, ke arah berusaha mewujudkan suatu hubungan yang harmoni di antara seni bina dan persekitaran semula jadi dengan menggunakan bahan binaan yang mapan.

Mengambil inspirasi daripada benih, hutan buluh, dan Banjaran Gunung Tengah, pavilion itu adalah sebuah struktur seakan hutan yang dibina dengan buluh yang saling berkait. Ruang seni bina itu akan membolehkan pelawat untuk mengalami kesenian Timur bagi kraf buluh di tengah-tengah hutan buluh itu.

Pada ketinggian 10 meter, bahagian luar pavilion itu yang melengkung juga berintegrasi dengan landskap sekitarnya, termasuk sebuah kolam dan reka bentuk taman buluh Makino, sekali gus menjadikannya sebuah tempat bagi pelawat untuk berhubungan dengan alam semula jadi sambil menerokai atau berehat di dalamnya, kata Chen.

Tambahan pula, Pavilion Buluh itu telah disenarai pendek oleh Anugerah Festival Seni Bina Dunia bagi kategori Pembangunan Diterajui Santai – Projek Masa Hadapan pada tahun ini, yang mengiktiraf kekuatan firma-firma seni bina di Taichung serta usaha penggalakan  Kerajaan Bandar Raya Taichung bagi Ekspo Flora Sedunia.

Kuo Kun-ming, Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Bandar Raya Taichung dan ketua eksekutif ekspo, menyatakan bahawa konsep Pavilion Buluh itu adalah untuk menyebarkan benih keajaiban di seluruh Taichung dan mewujudkan memori yang indah bagi bandar raya itu. Dibina dengan menggunakan lebih 300 batang buluh Moso dari Nantou, pavilion itu juga menyampaikan hasrat promosi.

Bersama dengan kesenian pemasangan “Bunyi Mekar” yang terbesar di dunia, serta paparan dinding terbesar, kesenian potongan kertas terpanjang, stadium ekuestrian terbesar, bangunan boleh dibaharui yang pertama yang dibina dengan menggunakan jerami, dan pemenang hadiah utama Leopard Cat Float yang dipamerkan pada Hari Kebangsaan di Taiwan, Pavilion Buluh itu merupakan satu daripada acara utama bagi ekspo flora tahun ini.

Di samping sorotan ini, ekspo flora itu juga mempunyai ciri reka bentuk taman oleh Hong Kong, Malaysia dan Myanmar, untuk menawarkan pemandangan sepintas lalu ciri-ciri tumbuh-tumbuhan dan budaya setiap negara melalui reka bentuk taman dan landskap.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181127005953/en/

Hubungi

Sanlih E-Television Co., Ltd.
Renie Lee +886-937-098-066
renie@mail.sanlih.com.tw

Sumber : Sanlih E-Television Co., Ltd.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment