Thursday, November 8, 2018

SIGMA SYSTEMS MELANCARKAN INVENTORI PORTFOLIO SIGMA UNTUK MENINGKATKAN PENUKARAN, DAYA PEMPROSESAN DAN PENGEWANGAN PESANAN

TORONTO, 8 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sigma Systems, pemimpin dunia di dalam perisian yang berasaskan katalog, hari ini mengumumkan pelancaran Inventori Portfolio Sigma, inovasi terkini di dalam portfolio Cipta-Jual-Hantar Sigma.

Penting untuk mencapai penukaran pesanan, daya pemprosesan dan kadar pengewangan yang tinggi di dalam satu cara yang berautomatik, penyedia perkhidmatan memerlukan akses yang segera dan komprehensif kepada inventori portfolio pelanggan yang sedia ada – produk yang mereka pesan, perkhidmatan yang diaktifkan bagi produk tersebut dan sumber-sumber yang telah diperuntukkan bagi perkhidmatan tersebut.

Pelbagai lapisan bagi inventori portfolio ini – inventori produk pelanggan, inventori perkhidmatan yang dipasang, dan inventori sumber yang diperuntukkan – adalah apa yang memaklumkan laluan pemprosesan kritikal pesanan-ke-pengaktifan-ke-tunai di dalam setiap pembekal perkhidmatan.

Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan penyedia perkhidmatan, kebanyakan daripada maklumat ini tersebar di seluruh infrastruktur mereka dalam cara yang berpecah-pecah dan terpencil. Keadaan berselerak bagi data penting ini, sebagai contoh, merupakan satu penyebab utama bagi tahap kejatuhan pesanan yang tinggi, yang membawa kepada campur tangan manual yang membabitkan kos yang tinggi dan pengalaman yang ternyahgred untuk kedua-dua pelanggan B2C dan B2B.

Inventori Portfolio Sigma menangani cabaran-cabaran ini secara berdepan dengan memusatkan data inventori portfolio sumber-perkhidmatan-produk ke dalam sebuah induk tunggal dan kemudian menjadikan data itu tersedia secara meluas untuk diakses dan pengurusan oleh mana-mana sistem luaran melalui sebuah lapisan API berasaskan mikroservis. Ia menggabungkan seni bina berasaskan katalog yang sama yang menguasai produk Sigma dan mematuhi piawaian API Terbuka Forum TM. Dengan menyediakan sebuah platform pengurusan data tunggal yang disatukan, Inventori Portfolio Sigma melengkapkan aplikasi BSS dan OSS yang sedia ada, yang membolehkan pembekal perkhidmatan untuk menguruskan pandangan yang komprehensif mengenai apa jenis produk dan perkhidmatan yang ada oleh pelanggan mereka berdasarkan kepada tempahan yang telah dipenuhi.

Catherine Michel, Ketua Pegawai Teknologi untuk Sigma Systems, mengulas: "Inventori Portfolio Sigma melambangkan jenis inovasi yang lazim dibawa oleh Sigma ke pasaran -- keupayaan yang menyelesaikan masalah teknologi yang kronik dengan cara memisahkannya untuk menjadi komponen yang berasingan dan saling beroperasi. Kami tidak mahu pembekal perkhidmatan untuk membuang sistem yang sedia ada atau untuk meneruskan cara mereka dengan menyesuaikan kod di sebalik isu itu. Kami ingin memberikan kepada mereka keupayaan yang menambat perhatian dan mantap dari segi seni bina untuk membuka nilai perniagaan bagi data mereka. Hasilnya, lebih banyak pesanan kini berautomatik, dengan semakin sedikit sumber diperlukan untuk memperbaiki kesilapan semasa proses pencapaian itu."
 
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana data inventori portfolio dapat dimanfaatkan bagi mengurangkan kos pencapaian, meningkatkan pengalaman pelanggan dan melepaskan kemungkinan komersil baru, mendaftar untuk Bacaan Ringan bagi Seminar yang dijalankan melalui Internet yang bertajuk “Menguruskan Data Inventori Portfolio dengan satu Pendekatan Baharu” pada 9 November pada pukul 10:00 pagi ET.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sigma Systems dan bagi mendapatkan Next Done NowTM, sila layari kami di www.sigma-systems.com atau hubungi kami di info@sigma-systems.com.

Maklumat mengenai Sigma Systems (sigma-systems.com atau Twitter @SigmaSystems)

Sigma Systems adalah peneraju dunia di dalam penyelesaian perisian yang berasaskan katalog untuk komunikasi, media, dan syarikat-syarikat berteknologi tinggi. Ia memberi perkhidmatan kepada lebih 80 pelanggan di 40 buah negara dengan produk-produk mereka yang telah memenangi anugerah. Portfolio syarikat itu merangkumi ke seluruh perusahaan Katalog, Sebut Harga Konfigurasi (CPQ), produk Pengurusan Pesanan, Peruntukan, Wawasan dan Inventori Portfolio, dan menawarkan satu set perkhidmatan utama termasuk perkhidmatan profesional, perkhidmatan awan, dan perkhidmatan yang terurus. Sigma menggunakan satu pendekatan tangkas untuk melaksanakan produk B/OSS mereka bagi pelanggan mereka. Sigma mempunyai pejabat di Amerika Utara dan Selatan, Eropah dan Asia Pasifik, dengan rakan teknologi dan pengintegrasian di seluruh dunia.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20181107005090/en/

Hubungi

Sigma Systems
Glenn Gibson, +1 416 827 6851
Naib Presiden Pemasaran
atau
Milner Strategic Marketing Ltd.
Chloe Purcell, +44 1473 633123
Pengurus Perhubungan Awam Strategik

Sumber : Sigma Systems

No comments:

Post a Comment