Thursday, November 8, 2018

CROCUS TECHNOLOGY INC. MENDEDAHKAN SENSOR BERSUDUT BERASASKAN TMR TERKEMUKA INDUSTRI

CT300 merupakan sensor magnetik 2D dengan ralat sudut di bawah kadar 0.5°

SANTA CLARA, California, 7 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crocus Technology Inc., pembekal utama sensor Tunnel Magneto-Resistance (TMR), hari ini mengumumkan peranti CT300, sensor magnetik 2D bersudut berasaskan TMR baru dengan ralat bersudut teramat rendah dan kestabilan tinggi melampaui julat suhu dan voltan untuk memenuhi permintaan pelbagai pasaran.

CT300 direka menggunakan teknologi Magnetic Logic Unit™ (MLU™) Crocus dan mengandungi dua rangkaian perintang magnetik penuh yang berdaya untuk pengesanan dua dimensi.  Dalam kehadiran medan magnetik berputar, CT300 mengesan medan dan menghasilkan dua set isyarat kebezaan mewakili bentuk gelombang sine (SIN) dan cosine (COS). Apabila isyarat kebezaan CT300 diproses dan dipampas, hasil ralat bersudut akan berada pada atau di bawah kadar 0.5° melampaui julat suhu -40°C hingga +150°C. Satu CT300 boleh mengukur sudut mutlak hasil daripada putaran 360° penuh dan boleh mengesan medan magnetik dalam julat 20 mT hingga 80 mT.

“CT300 adalah sensor posisi bersudut TMR berprestasi tinggi yang mempamerkan kekuatan teknologi MLU kami. Ia akan membantu para pelanggan kami mencapai ketepatan ukuran yang lebih tinggi dan prestasi lebih stabil untuk julat pengoperasian suhu dan medan bagi aplikasi yang memerlukan posisi bersudut tepat, arah putaran dan maklumat kelajuan” ujar Zack Deiri, CSMO dan GM Produk Sensor di Crocus Technology. “CT300 mengungguli metrik prestasi penyelesaian pesaing dalam bentuk ralat bersudut digabungkan dengan hingar yang sangat rendah, tindak balas frekuensi tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah yang menjadikan peranti sesuai untuk, tetapi tidak terhad kepada, peranti mudah alih pengguna yang berkuasa bateri dan aplikasi IoT.”

CT300 menyelesaikan permintaan pasaran pengguna, industri, perubatan dan automotif, serta sangat sesuai untuk aplikasi seperti modul kamera didayakan OIS (Optical Image Stabilization)/AF (Auto-Focus), kawalan motor BLDC, peranti dan perkakasan pintar didayakan IoT, kelengkapan automasi, kawalan dan robotik industri yang memerlukan ukuran posisi bersudut yang tepat.

CT300 tersedia dalam wafer/KGD (Known-Good-Die), pakej TSSOP 8-lead dan dalam profil ultra rendah, serta pakej DFN 8-lead faktor berbentuk kecil. Sampel akan tersedia pada Disember 2018 dan layak untuk penghasilan pada suku tahun pertama (Q1) 2019.

Perihal Crocus Technology

Crocus Technology membangunkan dan membekalkan sensor magnet dan penyelesaian memori terbenam berdasarkan teknologi sensor TMR yang telah dipatenkan miliknya, Magnetic Logic Unit™ (MLU™). Sensor magnet Crocus memberikan kelebihan yang ketara kepada aplikasi elektronik industri dan pengguna yang memerlukan kepekaan yang tinggi, prestasi suhu yang stabil, tenaga yang rendah dan berkos rendah. Crocus beribu pejabat di Santa Clara, California dan mempunyai pejabat di Grenoble, France serta di Beijing dan Shenzhen, China. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati http://www.crocus-technology.com.

© 2018 Crocus Technology International Corp.  Hak cipta terpelihara.  Crocus Technology, MLU dan gabungan daripadanya adalah tanda dagangan Crocus Technology Inc. dan Crocus Technology SA. Nama lain adalah untuk tujuan informasi sahaja dan mungkin tanda dagangan pemilik masing-masing

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 

Wayne Seto
Crocus Technology
Tel: +1-408-380-8316
E-mel: wseto@crocus-technology.com

Sumber: Crocus Technology

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment