Monday, November 26, 2018

FUSIONEX DIBERI PENGHORMATAN DENGAN ANUGERAH PENCAPAIAN CEMERLANG PADA PBA 2018

PETALING JAYA, Malaysia, 26 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex menerima Anugerah Pencapaian Kejayaan Cemerlang 2018 pada Anugerah Perniagaan Platinum (PBA) 2018. Upacara penganugerahan utama itu mengiktiraf Fusionex di atas pencapaian pertumbuhan mereka yang unggul, amalan perniagaan yang cemerlang, dan kehadiran yang menonjol di dalam industri IT.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181125005122/en/

Anugerah itu telah disampaikan kepada Fusionex semasa Penyampaian Anugerah & Makan Malam Gala PBA 2018 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid. Menyaksikan penyampaian anugerah itu adalah tetamu kehormat Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. PBA telah dilancarkan pada tahun 2002 oleh Persatuan PKS Malaysia dan mendapat pengiktirafan yang meluas di kalangan PKS, komuniti perniagaan, serta sektor awam.

Fusionex telah berkembang dari sebuah syarikat IT yang berpangkalan di ASEAN, kepada status mereka sekarang sebagai syarikat Kecerdasan Buatan (AI) dan teknologi data yang terbesar di rantau itu. Fusionex membantu banyak konglomerat dan PKS merentasi seluruh dunia untuk meningkatkan perniagaan mereka dengan memanfaatkan teknologi manusia dan penggunaan secara berkesan teknologi itu. Fusionex telah mengetuai, dan terlibat di dalam, pelbagai inisiatif untuk memajukan penerapan teknologi di dalam perniagaan tempatan bagi memacukan Industri 4.0. Ini telah memberikan pelanggan mereka di Malaysia dengan keupayaan untuk bersaing dan berjaya di peringkat serantau dan global.

Teknologi Fusionex sedang digunakan untuk memantapkan Platform ePerkhidmatan di Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Malaysia. Inisiatif ini yang disokong oleh kerajaan dijangka memberi manfaat kepada perniagaan tempatan, PKS, dan negara secara keseluruhan. Platform itu bertujuan untuk menggandakan kadar pertumbuhan e-dagang Malaysia, dan untuk mencapai sumbangan KDNK sebanyak RM211 bilion menjelang tahun 2020.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato' Seri Ivan Teh mengulas, "Kami gembira dan merasa hormat untuk menerima anugerah ini. Penghargaan harus diberikan kepada ahli pasukan Fusionex kami yang luar biasa kerana dedikasi mereka yang tidak henti-henti di dalam memacukan inovasi untuk pelanggan dan rakan kami yang dihargai melalui Data Besar dan Kecerdasan Buatan. Anugerah ini adalah untuk anda semua dan saya berharap ia dapat terus mendorong kita semua ke arah merealisasikan potensi Industri 4.0 melalui ekonomi digital, ke arah kebaikan bagi semua perniagaan."

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah pembekal teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, Internet untuk segala-galanya, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka tertumpu kepada membantu pelanggan memperolehi, menyimpan, memproses, menganalisis dan memahami sejumlah besar data yang berstruktur dan tidak berstruktur. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181125005122/en/

Hubungi

Edelman
Fariz Mustafa
Fariz.Mustafa@edelman.com

Sumber : Fusionex

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment