Friday, November 2, 2018

Perubahan trends dalam cara pengguna menikmati makanan

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kehidupan yang bersih dan hijau antara empat trend baru yang mengubah cara pengguna menikmati makanan mengikut laporan terbaru yang diterbitkan syarikat penyelidikan pasaran global, Euromonitor International.

Laporan berkenaan,’New concepts in Foodservice: Best of 2018’ menonjolkan konsep restoran baru muncul di seluruh dunia dan meneroka empat trend industri perkhidmatan makanan yang mempengaruhi jangkaan pengguna dalam pengalaman menikmati makanan.

Oleh kerana trend kesihatan dan etika menjadi semakin penting bagi pengguna, peserta perkhidmatan makanan mementingkan tempat, pemendekkan jarak antara sumber bahan dan restoran.

Sesetengah restoran mengambil langkah lebih jauh lagi dengan "menyeragamkan" rantaian bekalan dengan pertanian bandar kerana faedah alam sekitar serta persepsi makanan segar, menurutnya dalam satu kenyataan.

Turut didedahkan ialah pengalaman makan individu. Restoran menawarkan lebih banyak pengalaman makan yang disesuaikan untuk jenis pengguna seperti pengunjung bersendirian dengan peningkatan populariti hidangan tunggal di bandar-bandar metropolitan di mana pengguna kurang memasak dan lebih banyak makan di luar.

Makanan yang direka khusus bagi seorang individu juga boleh membantu mengurangkan sisa makanan dan sangat menarik kepada pengguna yang mengawal pemakanan dan mengambil kira tentang kalori.

‘Gamification’ atau unsur permainan adalah strategi digital yang baru muncul untuk restoran bagi meningkatkan penglibatan dengan pengguna masuk dan keluar restoran dengan mengintegrasikan permainan atau cabaran ke dalam pengalaman makan, mewujudkan hubungan yang lebih mendalam antara pengguna dan jenama.

Bagi pengguna yang sibuk, mereka memerlukan makan dengan lebih mudah dan teknologi baru yang inovatif membolehkan restoran memenuhi permintaan sedemikian yang semakin meningkat kerana pengguna mahukan pilihan dan makanan yang berkualiti tinggi dihantar ke rumah mereka atau di mana sahaja.

Euromonitor International adalah syarikat penyelidikan pasaran global yang menyediakan perisikan perniagaan dan analisis pasaran strategik global. Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.euromonitor.com.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment