Tuesday, November 6, 2018

TRUE RELIGION MELANTIK CHELSEA A. GRAYSON SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SEMENTARA

LOS ANGELES, 5 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- True Religion hari ini mengumumkan bahawa lembaga pengarah mereka telah melantik ahli lembaga pengarah Chelsea A. Grayson sebagai ketua pegawai eksekutif sementara, berikutan keputusan John Ermatinger untuk bersara sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat itu. Cik Grayson akan melepaskan jawatan sebagai ketua Jawatankuasa Audit tetapi akan terus berkhidmat di dalam lembaga pengarah True Religion.

"Sebagai seorang ahli lembaga pengarah sejak setahun yang lalu, Chelsea telah memainkan peranan penting di dalam membantu True Religion mengembangkan jenama itu," kata Gene Davis, pengerusi bagi lembaga True Religion. "Kami bernasib baik kerana mempunyai seseorang yang berkaliber dan berpengalaman seperti Chelsea untuk melangkah ke hadapan dan memimpin syarikat itu ketika kami terus membuat inovasi ke atas produk dan pengalaman pelanggan kami. Selain itu, kami juga ingin melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada John di atas kepimpinan dan dedikasi beliau yang luar biasa kepada jenama itu."

Cik Grayson berkata, "Sebagai seorang penduduk asli Los Angeles, saya amat berbesar hati kerana telah dipilih untuk memimpin sebuah jenama ikonik yang berpusat di Los Angeles seperti True Religion. Saya berharap dapat meneruskan momentum yang dimulakan dengan inisiatif baru-baru ini seperti menambahkan Bella Hadid sebagai sebuah wajah milenium bagi jenama itu dan perkongsian kami dengan sebuah kuasa sukan global, Manchester United."

Ketika Cik Grayson bertindak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sementara, Lembaga True Religion berhasrat untuk menjalankan satu proses bagi mengenal pasti seorang ketua pegawai eksekutif yang tetap.

Sebelum menyertai lembaga pengarah True Religion pada tahun lepas, Cik Grayson adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan seorang ahli lembaga bagi American Apparel (dahulunya NYSE MKT: APP). Beliau juga menganggotai lembaga pengarah bagi Delta Dental of California (di mana beliau adalah ahli Jawatankuasa Pencalonan & Tadbir Urus Korporat), dan lembaga penasihat bagi Marca Global.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11583

No comments:

Post a Comment