Thursday, November 1, 2018

Festival Filem Animasi Antarabangsa di New Chitose Airport, Jepun


KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Edisi kelima ‘New Chitose Airport International Animation Film Festival 2018’ dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 5 Nov ini di bangunan terminal lapangan terbang itu di Hokkaido, Jepun.
Menurut jawatankuasa eksekutif festival filem animasi itu, acara berkenaan akan berfungsi sebagai promosi pertukaran antara peminat dan artis tempatan dan asing dalam industri animasi.

Acara utama festival empat hari itu ialah pertandingan yang melibatkan filem pendek dengan 76 filem dipilih dalam kalangan 2,043 karya yang dikemukakan dari 86 negara dan rantau di seluruh dunia, menurut satu kenyataan.

Lima filem akan ditayangkan dalam pertandingan filem durasi panjang, yang baru diperkenalkan pada tahun ini.
Buat pertama kalinya, wilayah Hokkaido mengalu-alukan 'Homecomings & Naoya Sanuki', band yang berpangkalan di Kyoto yang akan mempersembahkan “New Neighbors” – acara yang menggabungkan muzik dan filem. 
Ia diikuti dengan tayangan ‘Isle of Dogs’ yang disertai oleh persembahan live akustik oleh Homecomings.
Maklumat lanjut mengenai acara itu boleh didapati di http://airport-anifes.jp/en/
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment