Friday, December 7, 2018

ABEAM CONSULTING BELI 70 PERATUS SAHAM LIGHTSTREAM ANALYTICS SINGAPURA


KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) – ABeam Consulting Pte. Ltd di Singapura membeli 70 peratus saham  LightStream Analytics Pte. Ltd dari Singapura dengan kesemua baki saham akan dibeli menjelang 2021.

Janji niaga itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ABeam Consulting untuk mengembangkan tawaran perkhidmatan analisis datanya di seluruh Asia Tenggara, demikian menurut satu kenyataan.

Perjanjian itu akan membolehkan ABeam Consulting menyokong pelanggannya untuk memperkukuh keupayaan transformasi perniagaan mereka menerusi penggunaan analisis data.

LightStream yang ditubuhkan pada 2006, merupakan penyedia perkhidmatan berkaitan analisis dan data lain di seluruh Asia Tenggara.

Presiden ABeam Consulting, Toshinori Iwasawa berkata:” Dengan menyepadukan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran LightStream, ABeam Consulting berupaya untuk menyediakan nilai tambah yang lebih baik kepada pelanggan.”

“Dengan memanfaatkan kepakaran ABeam, pelanggan antarabangsa yang meluas serta reputasi cemerlangnya, LightStream Analytics akan dapat mempercepatkan transformasi penyelesaian analisis canggih di seluruh Asia,” kata LightStream dalam kenyataan.

ABeam Consulting yang beribu pejabat di Tokyo menyediakan perkhidmatan transformasi perniagaan yang mewujudkan kelebihan strategik, menambah baik proses perniagaan, meningkatkan inovasi teknologi dan memantapkan prestasi organisasi.

Butiran lebih lanjut boleh didapatkan di  http://www.abeam.com/

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment