Monday, December 3, 2018

DOCOMO DIGITAL MENJANAKAN KUASA CARRIER BILLING STARHUB BAGI APPGALLERY HUAWEI DI SINGAPURA



SINGAPURA, 29 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin Kaedah Pembayaran Alternatif Global (APM) DOCOMO Digital telah menjalin kerjasama dengan StarHub untuk membolehkan carrier billing atau dimasukkan ke dalam bil talian sebagai satu pilihan pembayaran bagi pengguna AppGallery HUAWEI -- yang pertama seumpamanya di Singapura. Projek itu, yang dilancarkan pada bulan ini, adalah yang keempat di dalam satu siri penyatuan pembayaran stor aplikasi untuk StarHub, kesemuanya dijanakan oleh DOCOMO Digital.

Dibina di atas warisan Jepun, DOCOMO Digital membawa bersama teknologi, bakat dan perhubungan bagi membolehkan perdagangan yang disambungkan untuk rakyat yang menggunakan bank dan tanpa bank di seluruh dunia. Syarikat itu membolehkan ekosistem e-dagang mudah alih generasi akan datang bagi pembawa, pedagang dan pengguna dengan meningkatkan pengalaman pelanggan dan penukaran merentas peranti yang bersambung. Teknologi itu memanfaatkan perkhidmatan pemasaran, pembayaran dan kewangan secara bergabung dengan data pembawa dan keupayaan pengebilan.

"Kami dengan sukacitanya ingin menawarkan carrier billing secara langsung ke atas jumlah stor aplikasi yang paling banyak, sekali gus membolehkan pelanggan mudah alih kami untuk membayar bagi pelbagai aplikasi, permainan, perisian, muzik dan muat turun video melalui akaun pasca bayar mereka. Penggunaan kandungan digital telah menjadi satu teras di dalam kehidupan pelanggan, dan kami akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan seperti DOCOMO Digital untuk menyampaikan perkhidmatan yang dinikmati oleh pelanggan kami," kata Encik Donovan Kik, Naib Presiden, Segmen & Pemasaran, StarHub.

Encik Hiroyuki Sato, Ketua Pegawai Eksekutif bagi DOCOMO Digital, mengulas: "DOCOMO Digital terus memperluaskan perkongsian operator global mereka yang menyediakan platform pembayaran yang disesuaikan. Kami sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan StarHub bagi menyediakan platform kami yang ditempah untuk membantu mengembangkan perniagaan pembayaran mudah alih mereka dan penyatuan stor Aplikasi adalah satu lagi contoh mengenai keyakinan pengendali terhadap penyelesaian kami." 

No comments:

Post a Comment