Friday, December 7, 2018

PESTA ALAT MAINAN & PERMAINAN HKTDC HONG KONG DIBUKA PADA JANUARI 2019

Pesta Produk Bayi Hong Kong akan diadakan bersama

HONG KONG, 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC), Pesta Alat Mainan & Permainan Hong Kong edisi ke-45 dan Pesta Produk Bayi Hong Kong edisi ke-10 akan diadakan dari 7 hingga 10 Januari 2019 di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong.

Daftar Sekarang untuk mendapatkan e-Lencana percuma di sini:
Pesta Alat Mainan & Permainan: http://www.hktdc.com/wap/toy/K159
Pesta Produk Bayi: http://www.hktdc.com/wap/baby/K159

Pesta Alat Mainan & Permainan Hong Kong

Dengan menampilkan kira-kira 2,100 pempamer, Pesta Alat Mainan & Permainan itu adalah acara terbesar seumpamanya di Asia dan yang kedua terbesar di dunia. Zon Alat Mainan Teknologi Pintar akan mengumpulkan pelbagai produk yang dikendalikan melalui aplikasi mudah alih, atau digabungkan dengan teknologi VR, AR dan MR. Satu Paparan Produk Alat Mainan STREAM akan juga diwujudkan untuk menonjolkan alat mainan pendidikan yang memaparkan sains, teknologi, robotik, kejuruteraan, seni dan matematik.

Galeri Nama Jenama menjangkakan sekitar 230 jenama untuk mempamerkan produk kecemerlangan dalam reka bentuk, kualiti dan keselamatan. Merentangi generasi, Dunia Kidult akan menawarkan barangan hobi, model & patung, barangan pertunjukan magik dan peralatan permainan perang, manakala zon Bunga Api akan memaparkan kelongsong, mercun, bunga api mainan dan bunga api untuk acara-acara istimewa.

Pesta itu akan juga menampilkan pavilion dari Tanah Besar China, Korea, Sepanyol, Taiwan dan United Kingdom, serta pavilion Dunia Alat Mainan dengan pempamer kebanyakannya dari Eropah.

Pesta Produk Bayi Hong Kong

Menyambut kehadiran hampir 600 pempamer, Pesta Produk Bayi itu akan sekali lagi menampilkan Galeri Nama Jenama istimewa dengan lebih 45 jenama yang dipercayai. Tahun ini satu zon baharu dilancarkan: Produk Bersalin yang memenuhi keperluan sebelum dan selepas kelahiran.

Dunia Kereta Sorong & Gear II @ Dewan Konvensyen akan kembali pada tahun ini untuk menampilkan kereta sorong yang telah memenangi anugerah dan kerusi kereta bayi. Peserta lain yang kembali adalah Pavilion Singapura dan Pavilion Persatuan Industri Kanak-kanak, Bayi, Bersalin Hong Kong (HKCBMIA). Pavilion Korea yang terkenal akan juga mempersembahkan jenama-jenama terkenal.

Acara-acara mempamerkan trend industri

Satu siri acara akan diadakan semasa tempoh pesta itu berlangsung, termasuk Persidangan Industri Alat Mainan Hong Kong 2019 yang menampilkan penceramah terkemuka untuk berkongsi pandangan mengenai trend global dan serantau yang membentuk industri alat mainan.

Laman Web Pesta
Pesta Alat Mainan & Permainan Hong Kong  – hktoyfair.hktdc.com
Pesta Produk Bayi Hong Kong – hkbabyfair.hktdc.com

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11686

No comments:

Post a Comment