Wednesday, December 26, 2018

MUZIUM SENI DIGITAL MORI BUILDING: TEAMLAB BORDERLESS DI TOKYO TELAH MENGALU-ALUKAN 1 JUTA PELAWAT DALAM TEMPOH 5 BULAN. 1 DARI 3 PENGUNJUNG DATANG DARI LUAR NEGARA

TOKYO, 24 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MUZIUM SENI DIGITAL MORI Building: teamLab Borderless di Tokyo, sebuah muzium kolaborasi oleh Mori Building dan seni kolektif teamLab, setakat 28 November 2018, telah mengalu-alukan lebih satu juta orang pelawat.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181221005198/en/


Sejak pembukaannya lima bulan lalu pada 21 Jun, 2018, muzium teamLab Borderless itu telah mengalu-alukan satu juta orang pelawat. Sebagai destinasi baharu Tokyo, muzium itu telah meraikan kejayaan ini dengan satu "Majlis Pelawat ke-Satu Juta," di mana pelawat ke-satu juta itu, Cik Nikky Parker dan keluarganya dari Australia, telah dianugerahkan dengan satu "Pasport Borderless:" satu pas yang membolehkan kemasukan percuma tanpa had ke dalam teamLab Borderless dengan tanpa tarikh luput (tidak boleh dijual).

Komen Pelawat:
"Saya mengetahui tentang muzium itu melalui SNS, dan saya ingin mengalami dunia yang indah ini yang saya tidak pernah lihat sebelum ini, jadi saya berkunjung ke sini dengan tunang saya dan ibu bapa saya. Saya telah mendengar bahawa karya seni itu berubah mengikut musim, jadi saya mahu menggunakan Passport Borderless itu untuk berkunjung berkali-kali!"

[Reputasi di Luar Negara]
  • Menurut satu pemberian suara eksit (*1), pengunjung muzium terdiri daripada orang muda, sehingga kepada orang tua, kepada keluarga, dan satu daripada tiga orang pelawat adalah dari luar negara. Selain itu, separuh daripada pengunjung dari luar negara itu menjawab bahawa mereka "datang ke Tokyo untuk tujuan melihat muzium ini."
  • Muzium teamLab Borderless telah menerima "ANUGERAH UNTUK PENCAPAIAN CEMERLANG" daripada "Themed Entertainment Association" (*2) pada 13 November, 2018. Di Jepun, pengiktirafan ini meletakkan muzium itu setanding dengan Tokyo Disneysea dan Universal Studios Jepun™, yang telah menerima anugerah yang sama.
(*1) Data yang dikumpulkan dari 25 Oktober, 2018 hingga 2 November, 2018 / 1,237 responden
(*2) Themed Entertainment Association: sebuah organisasi yang tidak mencari keuntungan yang berpangkalan di Los Angeles, CA, Amerika Syarikat. Menerbitkan kedudukan dan seumpamanya untuk muzium seni, muzium sejarah semula jadi, dan kemudahan hiburan,

[Konsep teamLab Borderless]
Mengembara, meneroka, menemui dalam satu dunia tanpa sempadan.

teamLab Borderless adalah satu kumpulan karya seni yang membentuk satu dunia tanpa sempadan. Karya-karya seni bergerak keluar dari bilik, berkomunikasi dengan karya-karya lain, mempengaruhi, dan kadang-kadang bercampur dengan satu sama lain dengan tanpa sempadan.

Selami badan anda dalam seni tanpa sempadan di dalam dunia seluas 10,000 meter persegi yang luas, kompleks dan tiga dimensi ini. Mengembara, meneroka dengan niat, menemui, dan mencipta sebuah dunia baharu dengan orang lain.

[Kit Media]
https://goo.gl/MpzVss
 

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181221005198/en/


Hubungi

[Pertanyaan Media]
teamLab
Kaori Oshima
lab-pr@team-lab.com

Permintaan penggambaran: https://goo.gl/forms/ZghO2ukUoFmmyVNl1
Perhubungan Media teamLab: https://www.teamlab.art/contact/

Sumber: teamLab

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment