Friday, December 21, 2018

HENRY SCHEIN DAN VETS FIRST CHOICE UMUMKAN NAMA BAHARU BAGI SYARIKAT BAHARU YANG DIRANCANG: COVETRUS

Pasukan Kepimpinan Eksekutif Baharu Diumumkan bagi Covetrus Untuk Memajukan Dunia dengan Perubatan Veterinar


MELVILLE, N.Y. & PORTLAND, Maine, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Henry Schein, Inc. (Nasdaq: HSIC) dan Vets First Choice hari ini mengumumkan bahawa syarikat awam kendiri baharu yang akan diwujudkan daripada keluaran sampingan yang dirancang bagi perniagaan Henry Schein Animal Health dan penggabungan berikutnya dengan Vets First Choice akan dinamakan Covetrus.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181220005954/en/

Urus niaga itu dijangka disiapkan pada suku pertama tahun 2019.

Syarikat baharu itu, Covetrus, akan menjadi sebuah perniagaan kesihatan haiwan yang dibolehkan teknologi bertaraf global yang menyokong pasaran veterinar rakan, ekuin dan haiwan besar. Covetrus akan menggabungkan perisian pengurusan amalan terkemuka, pengurusan preskripsi, perkhidmatan penglibatan pelanggan pelbagai saluran, dan infrastruktur rantaian bekalan untuk menggalakkan perhubungan di antara doktor haiwan dan pelanggan mereka.

Covetrus akan menggunakan lebih daripada 5,000 ahli pasukan merentasi kira-kira 25 buah negara, dengan menyampaikan penyelesaian bersepadu untuk membantu amalan veterinar meningkatkan ekonomi dan aliran kerja bagi perniagaan mereka dan meningkatkan pengalaman pelanggan. Perniagaan itu akan mempunyai kira-kira 100,000 pelanggan merentasi wilayah-wilayah geografi utama, termasuk Amerika Utara, Eropah, Australasia dan Amerika Selatan.

Covetrus mencerminkan perkongsian mendalam syarikat itu dengan komuniti veterinar dan usaha mereka untuk "Memajukan Dunia Perubatan Veterinar." "Co- atau bersama" menyoroti bekerjasama sebagai rakan kongsi, ditambat oleh "vet atau doktor haiwan" di tengah-tengah berhubung apa yang akan dilakukan oleh syarikat itu, dan "-us atau kami" memperkuatkan tanggapan sebuah pasukan profesional yang akan berkhidmat sebagai satu sambungan kepada amalan veterinar.

"Adalah penting untuk mencipta sebuah jenama baharu dan nama baharu yang menunjukkan komitmen jangka panjang kami bagi pelanggan amalan veterinar untuk sentiasa menjadi pusat bagi perniagaan kami. Kami komited untuk 'Memajukan Dunia Perubatan Veterinar' dengan memberi kuasa kepada pelanggan kami dengan keupayaan dan perkhidmatan baharu yang menarik untuk memacukan kesihatan dan hasil kewangan baharu bagi memastikan kejayaan mereka yang berterusan," kata Benjamin Shaw, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Vets First Choice. "Covetrus mencerminkan keterujaan di sekitar keupayaan kami yang unik dan proposisi nilai dibeza-bezakan yang entiti gabungan ini akan disampaikan kepada pelanggan veterinar di seluruh dunia."

Kedua-dua syarikat itu juga mengumumkan hari ini mengenai pasukan kepimpinan eksekutif yang dicadangkan oleh Covetrus.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Benjamin Shaw akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif bagi syarikat gabungan itu dan berkhidmat sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah. Pasukan kepimpinan eksekutif Covetrus akan termasuk:
  • Christine T. Komola, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan
  • Erin Powers Brennan, Naib Presiden Kanan, Peguam Am dan Setiausaha
  • Russell Cooke, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Kewangan Operasi
  • Francis X. Dirksmeier, Naib Presiden Kanan dan Presiden, Amerika Utara
  • David Christopher Dollar, Naib Presiden Kanan dan Presiden, Perisian dan Perkhidmatan
  • Michael Ellis, Naib Presiden Kanan dan Presiden, Eropah
  • David Hinton, Naib Presiden Kanan dan Presiden, APAC dan Pasaran Baru Muncul
  • Timothy Ludlow, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Transformasi
  • Anthony Providenti, Naib Presiden Kanan, Pembangunan Korporat
  • Georgina Wraight, Naib Presiden Kanan dan Presiden, Vets First Choice
  • James Young, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Sumber Manusia

"Ini adalah sebuah pasukan kepimpinan yang mengagumkan dan berbakat, dan kami amat berbesar hati untuk memimpin organisasi yang tidak lama lagi bebas dan baru ini," kata Shaw. "Pasukan eksekutif ini akan memastikan kesinambungan kepimpinan yang kuat di semua bidang perniagaan dan geografi dan termasuk bakat baru untuk memudahkan satu peralihan yang lancar menjadi sebuah syarikat awam bebas. Yang lebih penting, pasukan kami komited untuk memenuhi dan melampaui jangkaan pelanggan kami."

Henry Schein Animal Health dan Vets First Choice akan terus beroperasi sebagai dua organisasi bebas dan berasingan sebelum penutupan urus niaga itu.

Maklumat Tambahan dan Di mana untuk Mencarinya

Berhubung dengan urus niaga yang dicadangkan itu, Covetrus bercadang untuk memfailkan bahan-bahan yang berkaitan dengan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti Amerika Syarikat ("SEC"), termasuk satu kenyataan pendaftaran pada Borang S-1/S-4 yang mengandungi sebuah prospektus. Pelabur dan pemegang sekuriti diminta untuk membaca dengan teliti kenyataan pendaftaran/prospektus itu (termasuk sebarang pindaan atau tambahan dengannya dan apa-apa dokumen yang digabungkan oleh rujukan dalam hal itu) dan mana-mana dokumen lain yang berkaitan yang difailkan dengan SEC apabila ia tersedia, kerana ia akan mengandungi maklumat penting mengenai pihak-pihak berkaitan dan urus niaga yang dicadangkan itu. Kenyataan pendaftaran/prospektus dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang difailkan dengan SEC boleh diperolehi secara percuma (apabila tersedia) dari laman web SEC di www.sec.gov. Dokumen-dokumen ini boleh (apabila tersedia) juga diperolehi secara percuma dari Henry Schein, Inc. atas permintaan bertulis kepada Carolynne Borders di Henry Schein, Inc., 135 Jalan Duryea, Melville, NY 11747. Komunikasi ini tidak akan menjadi satu tawaran untuk menjual atau permintaan tawaran untuk menjual atau permintaan tawaran untuk membeli apa-apa sekuriti, dan tidak ada penjualan sekuriti dalam mana-mana bidang kuasa di mana tawaran, permintaan atau penjualan sedemikian adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti di mana-mana bidang kuasa yang berkaitan. Tidak ada tawaran sekuriti boleh dibuat kecuali melalui prospektus yang memenuhi syarat-syarat Seksyen 10 Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda.

Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan

Selaras dengan peruntukan "Safe Harbor" bagi Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, pihak-pihak itu menyediakan kenyataan peringatan berikut berhubung faktor-faktor penting yang, antara lain, boleh menyebabkan keputusan di masa hadapan  berbeza daripada kenyataan yang berpandangan ke hadapan, harapan dan andaian yang dinyatakan atau tersirat di sini. Kenyataan ini dikenal pasti dengan menggunakan istilah seperti "boleh," "mengharapkan," "berhasrat," "percaya," "merancang," "anggaran," “ramalan,” “projek," “menjangkakan" atau sebutan lain yang sebanding. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan mengenai manfaat urus niaga itu, termasuk keputusan kewangan, operasi masa hadapan, rancangan, objektif, harapan dan hasrat masa hadapan. Semua kenyataan yang menangani prestasi operasi, peristiwa atau perkembangan yang kami jangkakan atau dijangka akan berlaku pada masa akan datang -- termasuk kenyataan yang berkaitan dengan sinergi yang dijangkakan dan jadual waktu yang dijangka untuk menyelesaikan urus niaga yang dicadangkan itu -- adalah kenyataan yang berpandangan ke hadapan. Semua kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang dibuat oleh kami adalah tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian dan tidak menjamin prestasi masa hadapan. Oleh itu, anda tidak boleh bergantung pada mana-mana kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini. Kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini melibatkan risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor-faktor lain yang mungkin menyebabkan keputusan, prestasi dan pencapaian atau hasil industri kami secara nyata berbeza daripada hasil, prestasi atau pencapaian pada masa hadapan yang dinyatakan atau tersirat oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu. Sebagai contoh, kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor termasuk, tanpa had, risiko yang berkaitan dengan keupayaan untuk menyelesaikan urus niaga itu dan pemasaan sewaktu penutupan urus niaga itu; keupayaan untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan; keupayaan untuk mengintegrasikan dengan jayanya operasi dan pekerja; keupayaan untuk merealisasikan faedah dan sinergi daripada urus niaga itu; kesan potensi daripada pengumuman bagi urus niaga itu atau penyempurnaan urus niaga mengenai hubungan, termasuk dengan pekerja, pelanggan dan pesaing; keupayaan untuk mengekalkan kakitangan utama; keupayaan untuk mencapai sasaran prestasi; perubahan dalam pasaran kewangan, kadar faedah dan kadar tukaran mata wang asing; dan risiko dan faktor tambahan yang dibincangkan dalam kenyataan pendaftaran pada Borang S-1/S-4 untuk difailkan dengan SEC, termasuk yang dibincangkan di bawah tajuk "Faktor Risiko" di dalam kenyataan pendaftaran itu. Kami tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai obligasi untuk mengemas kini sebarang kenyataan yang berpandangan ke hadapan yang terkandung di sini.

Maklumat mengenai Henry Schein

Henry Schein, Inc. (Nasdaq: HSIC) adalah sebuah syarikat penyelesaian untuk kalangan profesional penjagaan kesihatan yang dikuasai oleh sebuah rangkaian manusia dan teknologi. Dengan lebih daripada 22,000 Ahli-ahli Pasukan Scheinyang memberi perkhidmatan kepada lebih 1 juta pelanggan di seluruh dunia, Syarikat itu adalah penyedia terbesar dunia bagi penyelesaian Perniagaan, Klinikal, Teknologi, dan Rantaian Bekalan untuk meningkatkan kecekapan bagi pengamal pergigiankesihatan haiwan, dan perubatan. Syarikat itu juga menyediakan makmal pergigianklinik penjagaan kesihatan kerajaan dan institusi, dan tempat penjagaan alternatif yang lain.

Sebuah Syarikat Fortune 500® dan sebuah ahli indeks S&P 500® dan Nasdaq 100®, rangkaian penasihat yang dipercayai Henry Schein menyediakan profesional penjagaan kesihatan dengan penyelesaian bernilai yang mereka perlukan untuk meningkatkan kejayaan operasi dan hasil klinikal. Syarikat itu menawarkan kepada pelanggan dengan produk dan penyelesaian yang eksklusif dan berinovatif, termasuk perisian pengurusan amalan, penyelesaian e-dagang, produk khusus dan pembedahan, serta satu rangkaian luas  perkhidmatan kewangan. Henry Schein beroperasi melalui satu rangkaian pengedaran berpusat dan automatik, dengan pemilihan lebih daripada 120,000 produk berjenama dan produk berjenama peribadi Henry Schein di dalam stok, serta lebih daripada 180,000 produk tambahan yang tersedia sebagai item pesanan khas.

Beribu pejabat di Melville, N.Y., Henry Schein mempunyai operasi atau firma gabungan di 34 buah negara. Jualan Syarikat itu mencapai rekod $12.5 bilion pada tahun 2017, dan telah berkembang pada kadar tahunan kompaun kira-kira 15% sejak Henry Schein menjadi sebuah syarikat awam pada tahun 1995. Untuk maklumat lanjut, sila layari Henry Schein di www.henryschein.comFacebook.com/HenrySchein dan @HenrySchein on Twitter.

Maklumat mengenai Vets First Choice

Vets First Choice adalah sebuah inovator di dalam perkhidmatan yang dibolehkan teknologi yang memberi kuasa kepada doktor-doktor haiwan dengan pandangan yang direka untuk meningkatkan penglibatan pelanggan dan kesihatan amalan veterinar. Platform Vets First Choice, yang diintegrasikan dengan aliran kerja perisian pengurusan amalan veterinar, memanfaatkan wawasan dan analisis, perkhidmatan penglibatan pelanggan dan perkhidmatan farmasi, untuk menyampaikan kepatuhan perubatan yang lebih baik melalui pengurusan preskripsi proaktif. Dengan bekerja secara langsung dengan amalan veterinar untuk menguruskan jurang di dalam penjagaan, Vets First Choice berhasrat untuk membolehkan pelanggan veterinar mereka mewujudkan peluang-peluang pendapatan baharu, menyesuaikan diri kepada perubahan tingkah laku pembelian oleh pemilik haiwan, meningkatkan perhubungan pelanggan mereka dan mempertingkatkan kualiti bagi hasil penjagaan dan kesihatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vetsfirstchoice.com.

Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20181220005954/en/

Hubungi

William Durling
Naib Presiden bagi Komunikasi Korporat
wdurling@vetsfirstchoice.com
603 769 7471

Nicholas Jansen
Naib Presiden bagi Perhubungan Pelabur
nicholas.jansen@vetsfirstchoice.com
407 761 8172

Ann Marie Gothard
Naib Presiden, Perhubungan Media Korporat
annmarie.gothard@henryschein.com
631-390-8169

Carolynne Borders
Naib Presiden, Perhubungan Pelabur
Carolynne.borders@henryschein.com
631 390-8105

Sumber : Vets First Choice dan Henry Schein, Inc.

No comments:

Post a Comment