Wednesday, December 19, 2018

CROWN BIOSCIENCE MENUBUHKAN PUSAT KECEMERLANGAN BIOINFORMATIK, DATA RAYA DAN PERKHIDMATAN PENEMUAN PENANDA BIO

Perkhidmatan dan Kapasiti Meningkat dengan Pembukaan Tapak Baharu


SAN DIEGO,  19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience, syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat-ubatan global yang menyediakan platform translasi untuk melanjutkan penyelidikan onkologi, keradangan, kardiovaskular dan penyakit metabolisme, baru-baru ini telah mengumumkan pengembangan kapasiti kajian onkologi translasi sedia ada dengan membuka tapak baharu di Suzhou, Jiangsu, China.

Jumlah besar data yang kini boleh didapati daripada kajian praklinikal dan klinikal memerlukan kepakaran khusus dalam bioinformatik, analisis data raya dan kemudahan storan khusus. Tapak baharu CrownBio akan tertumpu kepada menyepadukan pengalaman syarikat dalam kajian praklinikal dan translasi dengan teknologi digital canggih untuk penemuan penanda bio ramalan dan pembangunan diagnostik baharu dan sampingan.

Tapak Suzhou akan menjadi pusat kecemerlangan CrownBio untuk biologi sistem dan ujian sampel klinikal. Terletak di tengah-tengah Taman Sains BioBay, salah satu hab biofarmaseutikal bertaraf tinggi di China, tapak ini juga bakal mendekatkan CrownBio dengan syarikat farmaseutikal serantau dan global.

CrownBio akan meningkatkan platform onkologi translasi semasanya dengan mengembangkan perkhidmatan sedia ada dan membangunkan perkhidmatan tambahan untuk biologi sistem lanjutan, termasuk bioinformatik, data raya dan pembelajaran mesin, di samping penemuan penanda bio dan ujian sampel klinikal.

“Pusat kecemerlangan kami yang baru ditubuhkan berdedikasi untuk meneroka berbilang data yang tersedia hasil kajian praklinikal dan translasi selama bertahun-tahun,” kata Dr. Henry Li, naib presiden kanan kajian saintifik dan inovasi global di CrownBio. “Tapak ini akan memanfaatkan kepakaran meluas kami dalam analisis dan pengujian data untuk melanjutkan penggunaan data raya yang menjadi panduan program praklinikal.”

Dr. Jean-Pierre Wery, CEO CrownBio berkata, “Tapak Suzhou ialah hasil langsung peningkatan permintaan pengguna dan dinamik pasaran. Tapak ini membolehkan kami menampung jumlah kajian pengguna global yang kian bertambah dan mempercepat matlamat bioinformatik kami, yang akan melancarkan pembangunan perubatan persis generasi seterusnya.”

Perihal Crown Bioscience Inc.
CrownBio ialah syarikat penyelesaian penemuan dan pembangunan ubat yang menyediakan platform translasi untuk meningkatkan penyelidikan onkologi, keradangan, kardiovaskular dan penyakit metabolisme. Dengan portfolio model yang relevan dan alat ramalan yang meluas, CrownBio membolehkan pelanggan untuk memberikan calon klinikal yang lebih baik. Ketahui lebih lanjut tentang CrownBio di sini: https://www.crownbio.com

Pertanyaan Media:
Jody Barbeau
Crown Bioscience Inc.
marketing@crownbio.com 

SUMBER : Crown Bioscience

No comments:

Post a Comment