Saturday, December 8, 2018

Aplikasi pemain piano resolusi tinggi Steinway & Sons Spirio akan dilancarkan esok

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Aplikasi pemain piano beresolusi tinggi baharu Steinway & Sons Spirio akan dilancarkan secara rasmi esok di Wisma Bentley Music, Petaling Jaya.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Bentley Music Sdn Bhd Lewis Hooper berkata aplikasi mudah alih itu akan bersambung dengan piano Spirio bermain sendiri dan membolehkan ia dimainkan dengan lancar walaupun tanpa pemain piano.

“Spirio ialah instrumen akustik dan solenoids di dalamnya akan bergerak mengikut ketepatan digital daripada aplikasi itu berdasarkan kepada lagu yang dipilih dan bunyinya akan dihasilkan secara langsung daripada piano.

“Key daripada piano akan bergerak dan memainkan lagu daripada aplikasi Spirio. Lagu yang dimainkan bukan bunyi digital dan dihasilkan secara langsung daripada piano. Penggunaan teknologi digital membolehkan kami mengawal key piano dan menjadikannya hampir sama seperti artis memainkannya secara langsung,” katanya kepada Bernama selepas majlis prapelancaran aplikasi itu, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pemain piano terkenal Adam Gyorgy, dan selebriti serta pemain piano terkemuka Malaysia, Cathryn Lee.

Aplikasi Spirio hanya boleh didapatkan di iOS App Store dan mengandungi lebih daripada 3,000 lagu dan persembahan daripada kira-kira 1,000 artis seperti J.S. Bach, Irving Berlin, Billy Joel dan ramai lagi.

Hooper berkata aplikasi itu dan piano bermain sendiri sesuai bagi mereka yang tidak tahu bermain piano tetapi inginkan muzik piano secara langsung dimainkan di rumah mereka.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment