Wednesday, December 5, 2018

Produk Lip Tint OPERA menang hadiah utama '@cosme The Best Cosmetics Award 2018'

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Pengusaha berpangkalan di Tokyo, @cosme -- istyle Inc hari ini mengumumkan pemenang anugerah ‘@cosme The Best Cosmetics Awards 2018’ dengan hadiah utama dimenangi oleh ‘Lip Tint’ daripada OPERA.

Warna terhadnya yang dikeluarkan satu persatu telah menarik perhatian dan mendapat sambutan hangat daripada pengguna sepanjang 2018. Produk itu juga memenangi tempat pertama sebagai ‘@cosme store Best Hits’ yang diputuskan semata-mata bagi jualan di gedung @cosme di seluruh Jepun.

@cosme adalah satu daripada laman web reviu dan maklumat kecantikan terbesar di Asia, demikian menurut satu kenyataan.

‘Lip Tint’ OPERA menerima sambutan paling memberangsangkan daripada pengguna di @cosme. Produk itu yang didatangkan dengan harga mampu milik dan memiliki ciri-ciri seperti ‘kelembapan, warna tahan lama dan pemakaian yang selesa’ mendapat makah tinggi sebagai pewarna bibir.

Anugerah @cosme merangkumi produk kosmetik dan kecantikan yang paling mendapat sokongan daripada pengguna, berdasarkan kepada reviu yang ditulis pada 2018 oleh ahli-ahli @cosme yang menggunakan produk itu.

Para pemenang dipilih mengikut ranking produk. Barisan produk yang memenangi anugerah mencerminkan pandangan pengguna biasa dan telah menarik perhatian pelbagai pihak terdiri daripada pengguna hinggalah pegawai dalam industri penjagaan kecantikan dan kosmetik.

Maklumat lebih lanjut boleh didapatkan di https://us.cosme.net/bestcosmeRankings.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment