Wednesday, December 5, 2018

SABIO MENGUKUHKAN PENAWARAN DIGITAL MEREKA DENGAN PENGAMBILALIHAN FLEXANSWER SOLUTIONS



  • Penambahan teknologi Pembantu Maya melengkapkan penawaran rakan yang sedia ada dan mengukuhkan keupayaan Sabio untuk membina automasi ke dalam perjalanan digital dan suara pelanggan
     
  • Peringkat seterusnya di dalam pelan pertumbuhan berterusan bagi Kumpulan Sabio untuk memperluaskan portfolio penyelesaian dan liputan geografi
LONDON & SINGAPURA, 3 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Sabio telah mengumumkan pengambilalihan flexAnswer Solutions, sebuah pembekal terkemuka yang berpusat di Singapura yang menawarkan penyelesaian Pembantu Maya yang berinovatif yang diasaskan kepada teknologi NLP termaju dan pembelajaran mesin mereka sendiri.

Dengan menambahkan keupayaan flexAnswer kepada yang ditawarkan oleh rakan mereka yang sedia ada, Sabio mempunyai sebuah portfolio yang lebih mantap untuk membantu organisasi mengoptimumkan penglibatan digital dan mengintegrasikannya secara lancar dengan perkhidmatan bantuan digital dan manusia yang lain yang secara tradisionalnya disediakan melalui pusat hubungan.

Pengambilalihan itu mengikuti pelaburan strategik Horizon Capital yang asal pada tahun 2016 di dalam Sabio, dan merupakan sebahagian daripada pelan pertumbuhan yang berterusan untuk memperluaskan portfolio penyelesaian dan liputan geografi syarikat itu. Sehingga kini ini telah merangkumi pengambilalihan pembekal penyelesaian SaaS Rapport pada Mac 2017, DatapointEurope -- satu daripada pembekal teknologi pusat hubungan terkemuka di Eropah -- pada Julai 2017, dan pakar penanda aras wawasan pelanggan dan pusat hubungan Bright UK pada Mac tahun ini.

"Sabio komited untuk memastikan pelanggan kami berada di hadapan dengan memacukan perubahan besar di dalam pemikiran mereka mengenai amalan perniagaan pusat hubungan yang diterima secara tradisional. Untuk mencapai matlamat ini, kami memberi tumpuan kepada memperkasakan organisasi dengan wawasan dan penyelesaian yang mereka perlukan bagi memastikan penglihatan yang lebih baik, meningkatkan gerak balas dan kawalan yang lebih besar merentasi setiap interaksi pelanggan," kata Andy Roberts, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Sabio. "Dengan menambahkan flexAnswer ke dalam cadangan digital kami akan membantu lebih banyak daripada pelanggan kami untuk mengambil kesempatan daripada teknologi perbualan pembantu maya yang dibolehkan AI yang terkini supaya mereka dapat menyampaikan pengalaman pelanggan berbilang saluran secara cemerlang."

No comments:

Post a Comment