Thursday, December 13, 2018

GRADUATE MANAGEMENT ADMISSION COUNCIL MENGAMBIL TIGA SEKOLAH PERNIAGAAN SEBAGAI AHLI

Sekolah-sekolah Membawakan Kepakaran dan Maklumat Demi Menyokong Misi GMAC

RESTON, Va., 12 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Graduate Management Admission Council (GMAC), persatuan sekolah perniagaan siswazah peneraju global mengalu-alukan tiga ahli baharu. Penambahan ESCP Europe, WHU – Otto Beisheim School of Management, dan Xavier University Bhubaneswar menambah jumlah ahli GMAC menjadi 225.

Sekolah perniagaan yang terpilih dijemput untuk memohon keahlian GMAC melalui Lembaga Pengarahnya. Setiap sekolah melalui proses permohonan komprehensif yang berfokus terhadap komitmen berterusan demi menyokong misi GMAC: menyediakan alat dan maklumat yang diperlukan untuk sekolah dan pelajar berbakat menemui dan menilai satu sama lain.

“GMAC terus mengukuhkan keahlian sekolah perniagaan siswazah yang bukan sahaja berusaha untuk memenuhi keperluan pelajar, bahkan memahami landskap dan perkara yang perlu dilakukan demi menyediakan pelajar untuk kerjaya mereka,” kata Sangeet Chowfla, presiden dan CEO GMAC. “Setiap daripada tiga sekolah ini menggunakan pendekatan unik daripada tempat mereka. Perspektif yang mereka semua bawa kepada Persatuan akan membantu meneruskan misi dan usaha kami untuk mengenal pasti peluang dan cabaran yang dihadapi oleh industri ini.”

Di samping memenuhi kriteria keahlian, setiap sekolah telah membuat ikrar khusus untuk membantu GMAC mencapai misinya.

ESCP Europe
Dianggap sebagai sekolah perniagaan pertama di dunia, ESCP ditubuhkan pada tahun 1819.  Sebagai sekolah bertaraf tinggi untuk program Sarjana, ESCP Europe berada di kedudukan yang sesuai untuk membantu GMAC dalam misinya untuk mengembangkan pengaruhnya dalam ruang Sarjana.  Model berbilang kampusnya yang unik juga dapat memberikan maklumat tentang aplikasi program inovatif, serta pengalaman menguruskan proses pengambilan pelajar merentasi pasaran.  Mereka menghargai keahlian GMAC sebagai penanda aras komitmen mereka dalam menyediakan pendidikan dengan kualiti terbaik dan kesanggupan mereka untuk menyumbang kepada rangkaian global kami.

WHU – Otto Beisheim School of Management
Kepakaran WHU dalam kajian dan pengajaran bakal membantu meluaskan usaha dan pengaruh GMAC di Jerman.  Bahagian Sarjana mereka terutamanya komited untuk membantu memaklumkan pendekatan yang diambil GMAC untuk memberikan khidmat dalam segmen tersebut dengan menyatukan para profesional dan menyediakan kajian dan data yang berharga.

Xavier University Bhubaneswar
Salah satu sekolah perniagaan terutama di India, Xavier University Bhubaneswar percaya akan misi GMAC bahawa setiap calon pelajar berhak mendapat akses ke pendidikan pengurusan siswazah berkualiti tinggi.  Keahliannya dalam GMAC menandakan komitmen sekolah tersebut untuk menyediakan program sekolah perniagaan berkualiti dunia di kampus Bhubaneswar kepada calon yang berkelayakan dari seluruh dunia, sebahagiannya menerusi penggunaan produk dan perkhidmatan GMAC.

Untuk dipertimbangkan keahlian dalam GMAC, pihak sekolah perlu melengkapkan proses permohonan dan mesti memenuhi kriteria berikut: mengekalkan proses pengambilan selektif; menawarkan program sarjana dalam pengurusan perniagaan, subjek pengurusan atau setara; dan menyokong misi GMAC secara aktif dan menggunakan ujian GMAT atau penilaian GMAC lain sebagai sebahagian daripada proses pengambilan dan pendaftaran mereka. Mereka juga menyertai tadbir urus GMAC, termasuk mengundi dalam pemilihan Lembaga dan hal ehwal lain yang diajukan ke Persatuan.

Perihal GMAC
Graduate Management Admission Council (GMAC) ialah persatuan sekolah perniagaan siswazah di seluruh dunia. Diasaskan pada tahun 1953, kami komited untuk mencipta penyelesaian bagi sekolah perniagaan dan calonnya meneroka, menilai dan berhubung dengan satu sama lain. Kami bekerja bagi pihak sekolah dan komuniti pendidikan pengurusan siswazah dan membimbing calon dalam perjalanan mereka ke pendidikan tinggi bagi memastikan tiada bakat yang ketinggalan.

GMAC menyediakan penyelidikan bertaraf dunia, peluang pembangunan dan penilaian profesional untuk industri yang direka untuk meningkatkan seni dan sains pemasukan. Dimiliki dan ditadbir oleh GMAC, Graduate Management Admission Test® (GMAT®) ialah penilaian sekolah perniagaan siswazah yang paling meluas digunakan dan diiktiraf oleh lebih daripada 7,000 program di seluruh dunia. Penilaian GMAC lain termasuklah peperiksaan NMAT oleh GMAC™ (NMAT®), untuk kemasukan ke program pengurusan siswazah di India, Afrika Selatan dan Filipina, dan Penilaian Eksekutif (EA) yang direka bentuk khusus untuk Program Eksekutif di seluruh dunia.

Portal utama kami untuk sumber dan maklumat tentang pendidikan pengurusan siswazah, www.mba.commenerima 14 juta kunjungan setahun dan menampilkan alat carian Carian Sekolah dan Graduate Management Admission Search Service® (GMASS®) yang memadankan calon dengan sekolah perniagaan.

GMAC ialah organisasi global dengan pejabat di Hong Kong, China, Gurugram, India, Singapura, London, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang usaha kami, sila lawati www.gmac.com.

Hubungan media:
Geoffrey Basye, Pengarah Hubungan Media, GMAC
+1 (703) 668-9799 atau gbasye@gmac.com

Sumber : Graduate Management Admission Council

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11709

No comments:

Post a Comment