Sunday, December 23, 2018

DOUBLEVERIFY MELANCARKAN LIPUTAN KUALITI MERENTAS FACEBOOK STORIES, MENAWARKAN LEBIH KETELUSAN DAN KAWALAN DALAM PLATFORM FACEBOOK

Syarikat tersebut memulakan kebolehlihatan dan ukuran penipuan untuk iklan video Facebook Stories

NEW YORK, 21 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- DoubleVerify ("DV"), peneraju penyedia bebas perisian dan analisis ukuran media digital hari ini mengumumkan peluasan penyepaduannya dengan Facebook – menyediakan ukuran kebolehlihatan dan penipuan/SIVT pihak ketiga yang objektif, merentasi inventori iklan Facebook Stories kepada pengiklan global.

Perkongsian DV dengan Facebook yang diluaskan adalah tepat masanya kerana Stories semakin popular dalam ekosistem Facebook. Lebih daripada 300 juta orang menggunakan Facebook Stories dan Messenger Stories setiap hari dan 68% menggunakan Stories pada sekurang-kurangnya tiga app dengan kerap, menurut tinjauan Ipsos yang ditempah oleh Facebook IQ. Lebih-lebih lagi, Facebook menjangkakan bahawa pada tahun 2019, perkongsian menerusi Stories akan melebihi perkongsian menerusi Suapan Berita, menandakan anjakan signifikan dalam dinamik pengguna yang mungkin mempengaruhi strategi kempen jenama-jenama.

Ukuran kempen video Facebook Stories disepadukan dengan sempurna dalam DV Pinnacle®, iaitu platform perkhidmatan dan prestasi eksklusif DoubleVerify. Menerusi platform ini, pelanggan boleh menganalisis kempen Stories mereka melalui perbandingan bersebelahan dengan semua jenis peletakan iklan lain yang disokong oleh Facebook, atau membandingkan prestasi kempen Facebook Stories dengan pembelian media lain. Langkah pengaktifan tambahan tidak diperlukan untuk pengguna Pinnacle®.

“Perkembangan dalam Facebook Stories meningkatkan tahap ketelusan dan perlindungan yang kami tawarkan kepada pelanggan pengiklan global kami,” kata Matt McLaughlin, COO di DoubleVerify. “Sebagai salah satu rakan kongsi pertama yang menawarkan ukuran dan laporan untuk saluran Facebook yang semakin berkembang, DV kekal di hadapan jenis media baharu, memberikan kejelasan dan keyakinan kepada jenama terhadap pelaburan digital mereka – merentas semua platform, saluran dan format.”

DV telah menjadi rakan kongsi Facebook sejak tahun 2017 untuk menyediakan ukuran penipuan dan kebolehlihatan bagi iklan paparan dan video di Facebook dan Instagram, dan kini berada dalam fasa Beta dengan keselamatan jenama.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Iklan Facebook Stories dan cara DV mengukur kempen ini, lawati Facebook@DoubleVerify.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11745

No comments:

Post a Comment