Monday, December 17, 2018

CIMB-Principal Asset Management Group lantik CEO ASEAN baharu

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) -- CIMB-Principal Asset Management Group melantik Juan Ignacio Eyzaguirre Baraona sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ASEAN yang baharu untuk memantau perniagaannya di rantau ini.
Ia termasuk CIMB-Principal Asset Management Berhad dan CIMB-Principal Islamic Asset Management Sdn Bhd di Malaysia; PT CIMB-Principal Asset Management di Indonesia; CIMB-Principal Asset Management Company Limited di Thailand dan CIMB-Principal Asset Management Pte Ltd di Singapura.
Kumpulan syarikat CIMB-Principal Asset Management dimiliki bersama oleh Principal Financial Group (Principal) dan CIMB Group Holdings Berhad (CIMB), demikian menurut satu kenyataan daripada Principal. 
Pelantikan Juan tertakluk kepada kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Jabatan Imigresen. 
Sementara itu, CEO ASEAN kumpulan syarikat CIMB-Principal Asset Management Alejandro Echegorri yang berkhidmat sejak Mac 2015 akan menjawat jawatan baharu sebagai Ketua Pegawai Pelaburan bagi Principal International di Asia berkuat kuasa Feb 2019.
Alejandro akan bekerjasama dengan pasukan pelaburan dalam kumpulan syarikat CIMB-Principal Asset Management dan di seluruh Asia bagi membantu Principal menumpu untuk menambah baik prestasi bagi menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan, pemegang kepentingan dan pelabur, kata syarikat itu. 
CIMB-Principal Asset Management Berhad beribu pejabat di Malaysia. Ia merupakan syarikat pengurusan aset utama dengan keupayaan pelaburan serantau. Butiran lebih terperinci boleh didapatkan di www.cimb-principal.com.
-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment