Thursday, December 6, 2018

Cidekick terima pembiayaan awal RM775,000 daripada Cradle

KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Pemula niaga tempatan, Cidekick Sdn Bhd, pembekal penyelesaian tenaga kerja sementara merancang untuk berkembang ke seluruh negara dan menghasilkan aplikasi mudah alih selepas menerima RM775,000 dalam pembiayaan awal dari program DEQ800 oleh Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle).

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Cidekick, Philip Phua berkata, aplikasi mudah alih yang dirancang akan membolehkan majikan dan pekerja sementara untuk menjalankan proses telus dan penglibatan bebas masalah.

Beliau berkata, syarikat tersebut berhasrat untuk menjadi lebih daripada sekadar portal mengumpul resume untuk tenaga kerja sementara dan membantu syarikat menangani cabaran kos operasi dengan akses kepada bakat sementara.

"Sebahagian besar tenaga kerja moden adalah pekerja sementara, kadang-kadang turut dikenali sebagai 'pekerja gig' yang biasanya diambil untuk tempoh pendek.

"Memandangkan kebanyakan syarikat lebih memilih untuk mengguna aliran tunai mereka untuk tujuan perniagaan yang lain, imbuhan kepada pekerja sementara mungkin bukan perbelanjaan keutamaan dan ini mungkin tidak gambaran baik terhadap imej syarikat," kata Phua dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, agensi tradisional pekerja mengambil komisen yang lebih tinggi yang boleh menyebabkan perniagaan membayar lebih untuk untuk pekerja kurang berkualiti atau pekerja yang dibayar kurang daripada apa yang sepatutnya.

"Cidekick diwujudkan untuk membantu kedua-dua pihak dan menyediakan perkhidmatan sokongan yang diperlukan dengan matlamat utama dalam membantu majikan mengurangkan kos dengan akses kepada bakat sementara," kata Phua sambil menambah bahawa matlamat jangka panjang syarikat itu untuk menembusi negara lain di Asia Tenggara.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment