Wednesday, December 12, 2018

TAIWAN MENJUAL PRODUK MAKANAN DI TAPAK BARANG RUNCIT DALAM TALIAN KE MALAYSIA

TAIPEI, Taiwan, 11 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Majlis Pertanian Taiwan telah menjalin kerjasama dengan laman web E-dagang pertanian yang berpangkalan di Taiwan, "The Wonderful Food," untuk menjual produk-produk premium yang dihasilkan di Taiwan ke Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mempromosikan produk pertanian Taiwan di negara-negara Asia Tenggara di bawah Dasar Baharu Menghala ke Selatan.

Dasar Baharu Menghala ke Selatan itu yang dilancarkan oleh pentadbiran Presiden Tsai Ing-wen selepas pelantikan beliau dua tahun lalu jelas membuahkan hasil dengan hubungan yang lebih rapat dari segi pertukaran perdagangan, ekonomi dan budaya di antara Taiwan dan negara-negara yang disasarkan oleh dasar itu.

Produk-produk makanan Taiwan begitu diterima oleh orang Cina Malaysia, yang mencakupi kira-kira 30 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia, manakala bagi baki penduduk itu, rakyat Malaysia melihat produk Taiwan sebagai barangan yang berkualiti, demikian menurut Majlis Pertanian.

Tapak kedai barang runcit dalam talian itu, "The Wonderful Food," yang menyaksikan satu peluang baik untuk memasuki pasaran Malaysia, telah menjalin kerjasama dengan laman-laman web E-dagang di Malaysia untuk menjual produk-produk pertanian Taiwan.

Sebagai contoh, susu kacang soya dan kacang hitam yang diperbuat daripada kekacang yang dihasilkan di Taiwan adalah produk paling laris yang dijual di tapak-tapak itu memandangkan susu kacang soya, yang tidak mengandungi kolesterol dan tanpa bahan tambahan dan bahan pengawet buatan, adalah satu sumber protein yang terbaik dan trend diet baharu di dunia.

Tambahan pula, lada cili yang dikupas dan halia dalam minyak bijan dan minyak biji teh dalam tin dianggap produk-produk yang popular di kalangan pelanggan Cina Malaysia.

Sementara itu, kandi buah segar yang diperbuat daripada buah-buahan segar dan sirup madu tanpa rasa dan warna buatan juga sangat laris.

Menurut satu laporan yang diterbitkan oleh Majalah Organic Lifestyle pada tahun 2017, "The Wonderful Food" dinilai oleh pengguna sebagai satu daripada kedai runcit dalam talian yang paling popular.

Pelan pengembangan perniagaan itu direka untuk menyampaikan produk-produk pertanian yang paling segar dan berkualiti terbaik dari Taiwan kepada pelanggan di seluruh dunia secara terus.

Tahun ini, jualan keseluruhan termasuk perniagaan domestik dan antarabangsa bagi laman web itu dijangka mencapai NT$200 juta (AS$6.45 juta).

Pengguna di Hong Kong dan Macau pada masa ini boleh membuat pesanan menerusi laman web itu, manakala pelanggan di Jepun, Singapura dan Malaysia tidak lama lagi akan dapat membeli produk-produk Taiwan dari kedai dalam talian itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11706

No comments:

Post a Comment