Wednesday, December 19, 2018

NEURALSTEM MELANTIK KEN CARTER, PH.D., SEBAGAI PENGERUSI EKSEKUTIF LEMBAGA PENGARAH

- Eksekutif bioteknologi berpengalaman dan tokoh saintifik ulung dengan pengalaman meluas daripada pembangunan syarikat peringkat awal sehingga menguruskan entiti yang didagangkan secara umum -


GERMANTOWN, Md., 19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq: CUR), syarikat biofarmaseutikal yang memfokuskan pada perkembangan terapi sistem saraf berasaskan teknologi sel induk saraf dan teknologi molekul kecil hari ini melantik Kenneth C. Carter, Ph.D sebagai Pengerusi Eksekutif Lembaga Pengarah Syarikat yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Dr. Carter akan menggantikan CEO sementara, Jim Scully, yang akan melepaskan jawatan tersebut.

“Dr. Carter membawakan kepakaran pembangunan ubat yang kaya dan ketokohan eksekutif daripada pengalamannya mengetuai syarikat bioteknologi swasta dan awam. Kepimpinannya amat berharga untuk Neuralstem yang kini berada di tahap kritikal evolusinya,” kata William Oldaker, Pengerusi Lembaga Pengarah. “Pasukan kami bakal mendapat banyak manfaat daripada latar belakang keusahawanan Dr. Carter dengan syarikat peringkat pembangunan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jim bagi pihak Lembaga Pengarah atas kepimpinannya dalam tempoh peralihan ini.”

“Saya teruja untuk bekerja dengan pasukan Neuralstem untuk membangunkan dan menjalankan pelan strategik dalam memberikan terapi berpotensi dan memaksimumkan nilai untuk pemegang saham,” kata Dr. Ken Carter.

Dr. Carter ialah eksekutif industri dan tokoh saintifik dinamik dengan pengalaman yang luas tentang syarikat bioteknologi peringkat pembangunan. Sepanjang sedekad lalu, beliau telah membantu mengasaskan dan mengetuai beberapa syarikat seperti NexImmune, Inc., syarikat immuno-onkologi yang beliau bantu untuk dipisahkan daripada John Hopkins University dan berkhidmat sebagai CEO sejak penubuhannya pada 2011 hingga Jun 2017. Beliau juga mengasas bersama dan sedang berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Noble Life Sciences, Inc, organisasi penyelidikan kontrak praklinikal yang mendayakan sains translasi dan pembangunan produk untuk syarikat bioteknologi dan farmaseutikal. Dr. Carter juga merupakan pengasas bersama dan CEO Avalon Pharmaceuticals sejak penubuhannya pada 1999 sehingga penggabungannya dengan Clinical Data pada 2009 dan mengetuai tawaran awam awalan Avalon di bursa saham NASDAQ pada 2004. Di bawah kepimpinan Dr. Carter, Avalon telah membangunkan rancangan calon ubat kanser berdasarkan teknologi saringan genom daya pemprosesan tinggi baharu dan berjaya mendapatkan perkongsian R&D dengan Merck, Novartis, Sanofi-Aventis dan MedImmune.

Dr. Carter telah berkhidmat untuk pelbagai lembaga korporat dan penasihat termasuk National BIO Industry Organization, Antidote Therapeutics, Inc., Iterion Pharmaceuticals dan Maryland BioHealth Initiative (BHI). Beliau juga merupakan ahli fakulti tambahan di John Hopkins University. Beliau melengkapkan fellowship pascakedoktoran dalam Biologi Sel di University of Massachusetts Medical School. Beliau menerima ijazah kedoktorannya dalam Genetik Manusia dan Biologi Sel di University of Texas Cawangan Perubatan di Galveston dan B.S. di Abilene Christian University.

Geran Dorongan

Berhubung dengan pengambilan Dr. Carter, pada 12 Disember 2018, Jawatankuasa Pampasan Lembaga Pengarah telah meluluskan geran opsyen saham dorongan tidak berkelayakan untuk membeli 800,000 saham daripada saham biasa syarikat.  Opsyen ini mempunyai harga laksana sebanyak $0.425 (harga penutup saham biasa pada tarikh geran), tempoh masa sepuluh (10) tahun, dan terletak hak seperti berikut: (i) 200,000 daripada opsyen saham terletak hak pada tarikh efektif pengambilan, (ii) 100,000 terletak hak pada enam bulan selepas tarikh efektif pengambilan, (iii) 100,000 opsyen saham terletak hak pada ulang tahun kedua daripada tarikh efektif pengambilan dan (iv) 400,000 opsyen saham terletak hak pada pencapaian berdasarkan prestasi yang akan dipersetujui oleh syarikat dan Dr. Carter.

Perihal Neuralstem

Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Portfolio calon produk Neuralstem yang pelbagai termasuklah teknologi sel stem saraf proprietarinya.

Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:
  • NSI-566 adalah terapi sel stem saraf dalam pembangunan klinikal untuk rawatan lumpuh dalam kes strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI).
     
  • NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2, serta strok.
Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan

Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "selamat" peruntukan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan kata-kata seperti “harap,” “jangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “mencari” atau “akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan perkara-perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan peraturan atau kelulusan, keperluan modal masa depan, penggantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor-faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain adalah dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunannya pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2017 dan Laporan Sukuannya pada Borang 10-Q untuk tiga, enam dan sembilan bulan yang berakhir pada 31 Mac, 30 Jun dan 30 September 2018, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.

Hubungan:
Pelabur:
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
neuralstem@argotpartners.com

SUMBER : Neuralstem, Inc.

No comments:

Post a Comment