Monday, December 17, 2018

FOF PERINDUSTRIAN 1.5 BILION YUAN DILANCARKAN DI DONGGUAN UNTUK INDUSTRI BARU MUNCUL YANG SEMAKIN BERKEMBANG DI GREATER BAY AREA

DONGGUAN, China, 17 Dis., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--

Di luar acara Konvensyen Usahawan Dongguan Sedunia 2018, Sidang Kemuncak Modal Usahawan Dongguan Sedunia telah diadakan pada 14 Disember, dengan menarik ramai pakar, cendekiawan, pelabur institusi dan ahli perniagaan dari seluruh pelusuk dunia. Pada acara ini, mereka telah memberikan tumpuan mereka kepada pelaburan dan pembiayaan industri dan bertukar-tukar pandangan mengenai peluang-peluang kerjasama yang dibawa oleh pembinaan Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area. Sidang kemuncak itu  telah menyaksikan pelancaran FOF (dana daripada dana) yang bernilai 1.5 bilion yuan untuk penggabungan dan pemerolehan industri, di mana sektor swasta Dongguan mengambil kepentingan yang lebih besar. Pelaburan mereka akan disalurkan kepada bidang seperti penggunaan besar-besaran, teknologi kewangan dan pembuatan pintar.
 
Pembinaan Greater Bay Area itu semakin rancak, begitu juga dengan kemajuan Koridor Inovasi Sains dan Teknologi Guangzhou-Shenzhen. Memandangkan perkara itu, bandar raya itu semakin menonjol sebagai sebuah teras yang menumpukan bulatan ekonomi setengah jam bagi tebing timur di Sungai Pearl dan di tebing barat. Pelabur-pelabur global sangat yakin mengenai potensi pembangunan bagi bandar raya itu, terutamanya disebabkan oleh sinergi bagi kedudukan geografinya yang utama dan asas perindustrian yang kukuh.

Dongguan sebelum ini pernah mengambil laluan pembangunan yang berorientasikan kuantiti, yang meliputi sebuah kawasan tanah yang luas dan menggunakan begitu ramai tenaga buruh yang murah, kata Yin Hongwei, presiden bagi Dongguan Investment Group Co., Ltd. Bagaimanapun, pada hari ini, bandar raya itu sedang meningkatkan dan memperkuatkan pembangunan dalam cara yang lebih berorientasikan kualiti melalui inovasi yang berterusan dan teknologi canggih.

Pakar-pakar amat menyedari bahawa apabila perusahaan mempertingkatkan diri mereka, suatu iklim kewangan yang tenang, industri sokongan dan pemacu luaran adalah sangat penting. Memandangkan hakikat itu, lebih daripada 150 firma yang berpangkalan di Dongguan telah berpadu tenaga untuk mewujudkan Dongguan Investment Group pada Ogos tahun lepas, dengan modal berdaftar permulaan sebanyak 10 bilion yuan (USD 1.45 bilion). Langkah itu menunjukkan bahawa sektor swasta yang mewah sedang mensasarkan untuk memperluaskan kehadiran mereka di dalam industri baru muncul itu.

Semasa satu temu bual media, Datuk Bandar Dongguan Xiao Yafei menggalakkan Dongguan Investment Group untuk bertindak sebagai sebuah platform yang berfungsi bagi modal persendirian apabila ia membuat satu pelan inklusif untuk melabur di dalam industri-industri di bandar raya itu dan mengumpulkan modal dari usahawan Dongguan.

Begitu juga, perniagaan di Dongguan telah melihat peluang-peluang yang dihasilkan oleh Greater Bay Area itu. Satu bukti kepada itu adalah sebuah dana yang dilancarkan bersama pada tahun 2016 oleh kerajaan Dongguan, Persekutuan Usahawan Dongguan Sedunia dan Pusat Inovasi Dongguan bagi Universiti Tsinghua. Secara strategik, dana itu akan disalurkan ke dalam industri baru muncul, termasuk peralatan pintar, maklumat elektronik, perlindungan alam sekitar dan tenaga baharu dan bahan baharu.

Pada majlis menandatangani Konvensyen tersebut, projek Lembah Pintar Changping Guanrui United Network, yang berpusat di Internet Benda (IoT), teknologi komunikasi yang canggih, terminal pintar, tenaga baharu, peralatan mewah dan industri baru muncul strategik yang lain, mendapat banyak perhatian. Dengan memperkenalkan projek-projek yang berkaitan IoT, Internet Kecerdasan dan rangkaian kereta, Lembah Pintar itu akan bakal menjadi sebuah rangkaian bersepadu dengan inovasi teknologi perbatasan dan pusat perkhidmatan komprehensif bagi Dongguan dan juga Greater Bay Area.

"Kita perlu memupuk industri-industri kita dari segi sudut pandangan kewangan ketika menyampaikan perkhidmatan kewangan mengikut corak perindustrian yang holistik," kata Yin. Mencari satu keseimbangan di antara industri dan kewangan, Dongguan Investment Group telah memberi keutamaan kepada meningkatkan perniagaan di dalam perkhidmatan kewangan dan pelaburan di dalam industri, projek-projek utama dan ekuiti. Di samping menawarkan sokongan kewangan, kumpulan itu akan juga membantu menyuntik dorongan ke dalam usaha perusahaan untuk meningkatkan diri mereka dengan mengambil pengurusan mereka, meluaskan saluran jualan dan sokongan rantaian industri ke tahap baharu untuk kerjasama yang menguntungkan semua pihak.
 
Sumber: Persekutuan Usahawan Dongguan Sedunia

No comments:

Post a Comment