Friday, December 28, 2018

Agrobank sumbang zakat perniagaan 2017 kepada MAIPk

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) – Agrobank, bank milik kerajaan dengan mandat membangunkan sektor pertanian menyampaikan bayaran zakat perniagaan sebanyak RM103,000 bagi 2017 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), dalam satu majlis semalam.

Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban golongan asnaf.

“Sebagai syarikat korporat yang bertanggungjawab dan menyedari peningkatan kos sara hidup, pihak Agrobank berharap usaha murni ini dapat membantu golongan asnaf menjelang tahun baharu dan sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

“Ia diharap dapat membantu mereka menyediakan keperluan asas seperti pakaian sekolah, kelengkapan sekolah serta barangan keperluan asas yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment