Monday, December 10, 2018

Lebih 100 pelajar berpeluang bertukar inisiatif mengenai kemampanan dan pemuliharaan air

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) - Lebih 100 pelajar dari lima negara ASEAN menghadiri Persidangan Eko-Sekolah Antarabangsa (IESC) anjuran Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungkai, dari 9 hingga 13 Dis.

Peserta dari Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia berkumpul untuk berkongsi dan bertukar-tukar inisiatif kemampanan sekolah mereka mengenai kemampanan air dan pemuliharaannya.

Pengurus Kanan WWF-Malaysia untuk Pemuliharaan Air Tawar Daria Mathew berkata inisiatif ini sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) untuk memastikan ketersediaan dan pengurusan air dan sanitasi yang mampan untuk semua.

"Di peringkat global, sungai kita menghadapi banyak ancaman seperti pencemaran plastik dan pemendapan (disebabkan pembalakan di tadahan air) dan sebagainya.

"Oleh itu, kita perlu mempetrkasakan setiap pengguna air seperti pdelegasi IESC mengenai pemuliharaan air tawar supaya mereka boleh membuat pilihan yang lebih baik dan bijak bagi planet kita," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bertemakan “Air, Sumber Kehidupan'” persidangan lima hari itu memberikan pengetahuan yang mencukupi kepada pelajar melalui pelbagai aktiviti seperti Bengkel Kualiti Air, Air Quest Treasure Hunt dan lawatan lapangan di SMK Bandar Behrang 2020 di Tanjong Malim, Perak untuk melihat usaha mengenai pemuliharaan air.

Ia juga menampilkan penceramah pakar dari industri air untuk berucap mengenai perkara ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan, Nor Zamani Abdol Hamid berkata persidangan ini akan membantu mempersiapkan pelajar bagi menghadapi isu kemusnahan alam sekitar.

"Peralihan ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 ke 2025 bertujuan untuk membangunkan nilai-nilai rakyat Malaysia," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment