Friday, December 7, 2018

INSIDEN DI KOMPLEKS PKNS KUALA SELANGOR

SHAH ALAM, 7 Dis (Bernama) -- Berikutan berita berkenaan insiden seorang pekerja kontraktor penyelenggaraan penyaman udara yang terjatuh dari tingkat 6 Bangunan Kompleks PKNS Kuala Selangor yang dilaporkan di media baru-baru ini, PKNS berasa simpati kepada mangsa dan keluarga mangsa atas kejadian yang berlaku.

PKNS amat menitik beratkan aspek Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar di setiap premis PKNS dan bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk membantu siasatan dan mengenalpasti punca kemalangan tersebut.

Siasatan awal mendapati bahawa kontraktor yang terlibat bukan dilantik oleh PKNS melalui rekod keluar masuk pelawat di premis berkenaan.

SUMBER: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Haji Ishak Hashim
Pengurus Komunikasi Korporat PKNS
Tel: 03-5525 0326/ 0329/ 012-6633 651
Emel: ishak@pkns.gov.my

--BERNAMA 

No comments:

Post a Comment