Wednesday, March 27, 2019

1.1 JUTA ORANG MENERIMA MANFAAT DARI USAHA KEMANUSIAAN BIG HEART FOUNDATION YANG BERPUSAT DI UAE PADA TAHUN 2018

SHARJAH, Emiriyah Arab Bersatu, 25 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bantuan kemanusiaan bernilai AS$ 15.8 juta (AED 58 juta) kepada 1,091,000 orang pelarian, orang yang terpinggir secara dalaman dan orang yang kurang bernasib baik di 12 negara yang dilanda konflik di seluruh dunia telah ditawarkan oleh The Big Heart Foundation (TBHF), sebuah organisasi kemanusiaan antarabangsa yang terkemuka yang berpusat di Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu.

Beroperasi di bawah kepimpinan Yang Amat Mulia Sheikha Jawaher binti Mohammed Al Qasimi, Penyokong Terkemuka UNHCR dan Pengerusi TBHF, badan kemanusiaan yang tidak mencari keuntungan yang beroperasi dari Sharjah --  amiriah ketiga terbesar di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) -- telah menggerakkan dana untuk menyokong dan memulakan 20 projek dengan kerjasama UNHCR, Doktor tanpa Sempadan (Médecins Sans Frontières) di sektor-sektor penting bagi keselamatan makanan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

Usaha mereka pada tahun 2018 menjangkau ke 12 buah negara, iaitu Bangladesh, Mesir, Iraq, Jordan, Malaysia, Pakistan, Palestin, Syria, Tanzania, Mauritania, Somalia dan Sudan Selatan, dan memberi tumpuan bukan hanya kepada pergerakan bantuan kecemasan, tetapi juga melihat ke dalam pemulihan jangka panjang dan pembangunan semula masyarakat melalui peningkatan akses orang ramai kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan kebolehpasaran yang lebih baik.

Mariam Al Hammadi, Pengarah bagi TBHF, telah menjelaskan mengenai strategi kemanusiaan yang diterima pakai oleh TBHF pada tahun 2018 dan akan terus dilaksanakan pada masa akan datang, dengan berkata: “Usaha kami adalah berdasarkan kepada dua prinsip utama. Bantuan segera, diikuti oleh pembinaan masyarakat dan pemulihan melalui pendidikan, latihan vokasional dan pekerjaan. Ini telah membantu kumpulan yang kurang bernasib baik untuk mengakses peralatan yang mereka perlukan bagi menjamin masa depan mereka, dan akan mengukuhkan kemaraan global ke arah merealisasikan Agenda PBB 2030.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11986

No comments:

Post a Comment