Wednesday, March 27, 2019

LATAR SUMBANG 2 UNIT KERETA PERONDA LEBUHRAYA KEPADA JABATAN SIASATAN PENGUATKUASAAN TRAFIK

KUALA SELANGOR, 26 Mac (Bernama) -- Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) hari ini menyumbangkan dua unit kereta peronda lebuhraya jenis Proton Preve 1.6 Premium kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik untuk kegunaan Unit Peronda Lebuhraya LATAR.

Majlis penyerahan diadakan di Kompleks Operasi Lebuhraya LATAR dimana dua unit kereta peronda tersebut diserahkan kepada YDH DCP Dato’ Azisman bin Alias, Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman oleh En Ahmad Fuad bin Ahmad Shahimi, Ketua Pegawai Operasi Lebuhraya LATAR dan disaksikan oleh Y.Bhg Dato’ Ir Mohamad Razali Othman, Pengerusi Lebuhraya LATAR dan En. Fazli Hisham bin Shukor, Pengarah Jualan Korporat PROTON Edar.

“Majlis penyerahan kereta peronda lebuhraya pada hari ini dilihat amat bertepatan sempena dengan sambutan Hari Polis Ke-212 yang diraikan baru-baru ini. Justeru itu, diharap sumbangan dua buah kenderaan tersebut dapat memudahkan lagi tugas-tugas anggota unit peronda Lebuhraya LATAR semasa menjalankan rondaan di Lebuhraya LATAR” kata Dato’ Ir Mohamad Razali Othman, Pengerusi  Lebuhraya LATAR.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11994

No comments:

Post a Comment