Tuesday, March 26, 2019

TOSHIBA MEMORY CORPORATION MENAMBAHKAN BICS FLASH YANG MENGAKTIFKAN UFS KEPADA BARISAN PRODUK INGATAN KILAT TERBENAM UNTUK APLIKASI AUTOMOTIF

TOKYO, 26 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memulakan persampelan[1] bagi Automotif JEDEC UFS[2]  baharu Versi 2.1 penyelesaian memori terbenam yang menggunakan ingatan kilat 3D. Produk baharu itu adalah peranti ingatan kilat terbenam yang mengintegrasikan ingatan kilat BiCS FLASH™ 3D syarikat itu dan sebuah alat kawalan di dalam satu pakej tunggal. Prestasi membaca dan menulis berurutan telah dipertingkatkan masing-masing sebanyak kira-kira 6 peratus dan 33 peratus, berbanding dengan peranti yang sedia ada[3].

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190325005851/en/

Automotif UFS syarikat itu menyokong julat suhu yang luas (-40°C sehingga +105°C), yang memenuhi keperluan AEC-Q100 Gred 2[4] dan menawarkan kebolehpercayaan yang dipertingkatkan yang diperlukan oleh pelbagai aplikasi automotif. Barisan itu terdiri daripada empat kapasiti: 32GB, 64GB, 128GB, dan 256GB[5].

Peranti UFS baharu itu mempunyai beberapa fungsi yang sangat sesuai dengan keperluan bagi aplikasi automotif, termasuk Segar Semula, Kawalan Terma dan Diagnosis Lanjutan. Fungsi Segar Semula itu boleh digunakan untuk menyegarkan semula data yang disimpan di UFS, dan membantu untuk melanjutkan jangka hayat data berkenaan. Fungsi Kawalan Terma melindungi peranti itu daripada pemanasan lampau di dalam keadaan suhu tinggi yang boleh berlaku di dalam aplikasi automotif. Akhir sekali, fungsi Diagnosis Lanjutan membantu pengguna untuk dengan mudah memahami status peranti itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11993

No comments:

Post a Comment