Tuesday, March 12, 2019

FUSION COIN, SEBUAH SYARIKAT YANG BERHASRAT UNTUK MENYAMPAIKAN PERKHIDMATAN KEWANGAN YANG SELAMAT DI PERINGKAT GLOBAL, KINI SEDANG MENGADAKAN SATU KEMPEN AIRDROP KHAS!

TOKYO, 12 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusion Coin (XFC) adalah sebuah aset penyulitan yang bertujuan untuk digunakan dengan mudah merentasi seluruh pelusuk dunia. Dagangan pada Fusion Coin tidak hanya terhad kepada aset penyulitan seperti Bitcoin dan Ripple, tetapi juga termasuk mata wang yang sah.

Dengan penerapan teknologi blok rantaian, Fusion Coin memasang teknologi yang berinovatif kepada sistem perbankan tradisional. Ini membolehkan Fusion Coin untuk memberikan perkhidmatan kewangan yang selamat dan boleh dipercayai di peringkat global, berikutan konsep mereka iaitu, “Menyampaikan perkhidmatan kewangan dengan kebolehpercayaan dan akses yang tinggi untuk orang ramai bagi berhubungan dengan orang lain di seluruh dunia.”
 
1. Ciri-ciri Fusion Coin
  (1) Mempunyai kualiti bagi kedua-dua Bitcoin dan Ripple
    Fusion Coin telah dibangunkan dengan menggunakan fungsi pengeluaran terhad Bitcoin dan mata wang penghubung Ripple sebagai satu rujukan. Yang membawa maksud, ia berfungsi sebagai mata wang utama untuk kiriman wang dan pertukaran asing di luar negara.
 
  (2) Penubuhan BANK FUSION
    Bukan sahaja Fusion Coin berfungsi sebagai sebuah mata wang, tetapi ia juga bertujuan untuk mewujudkan “BANK FUSION”, sebuah bank hibrid yang mengendalikan mata wang kripto dan mata wang yang sah secara dalam talian.
Pada Disember 2018, Bank Fusion menandatangani sebuah kontrak dengan sebuah lesen perbankan Sweden, yang pada masa ini menjalankan perniagaan amanah dan perbankan. Daripada ini, BANK FUSION sedang dalam usaha mereka untuk menjadi sebuah entiti yang wujud sepenuhnya, yang dijangka berlaku pada Musim Bunga tahun 2019.
     
 
2. Maklumat Berhubung Kempen Fusion Coin
  Pada masa ini, Fusion Coin sedang mengadakan sebuah “Kempen AirDrop”.
  Setiap peserta akan menerima 0.5 XFC sebagai satu ganjaran untuk ditukarkan kerana mengikuti langkah-langkah yang digariskan di bawah:
  (1) Ikuti Fusion Coin di Twitter
    Twitter: https://twitter.com/coin_fusion
  (2) Ciapan semula ciapan itu berhubung “Kempen AirDrop”
    https://twitter.com/coin_fusion/status/1105046078775152640
  (3) Sertai Telegram dari pautan yang ditetapkan ini untuk mengambil bahagian di dalam Telegram AirDrop: http://t.me/Fusion_coin_bot
 
3. Masa Hadapan bagi Fusion Coin
  Fusion Coin mendapat banyak perhatian apabila ia menjadi penaja tajuk untuk sebuah perlumbaan F1, “Masters Bersejarah Formula 1 di JEPUN”, yang telah diadakan pada 17 dan 18 November tahun lepas di Litar Suzuka.
 
  Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Fusion Coin juga telah menandatangani satu kontrak pada Disember 2018 dengan sebuah lesen perbankan Sweden, untuk menjalankan perniagaan amanah dan perbankan, bagi menyambung dengan pembangunan mereka sebagai sebuah Bank Fusion.
Sila perhatikan perkembanghan Fusion Coin dan pencapaian mereka yang akan datang. Mereka akan terus bersungguh-sungguh mengembangkan teknologi yang pelbagai dan memperluaskan perikatan untuk menyampaikan perkhidmatan kewangan yang boleh dipercayai di peringkat global kepada pengguna mereka.
   
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190311005423/en/
 
Hubungi

COIN OTAKU
Kengo Nakano
nakano@coin-otaku.com

Sumber : Fusion Coin

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment