Sunday, March 10, 2019

KERJASAMA CROWN BIOSCIENCE DAN THE JACKSON LABORATORY MENDAYAKAN AKSES GLOBAL KE MODEL MENCIT FATZO

Kerjasama Berterusan Melancarkan Pengedaran Global Model dan Bekalan Utama Obesiti, Penyakit Metabolik dan NASH untuk Platform Penyakit Kardiovaskular, Obesiti dan Metabolik Bertaraf Dunia CrownBio

SAN DIEGO, 8 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Crown Bioscience, syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat-ubatan global yang menyediakan platform translasi untuk meningkatkan penyelidikan penyakit onkologi, keradangan, kardiovaskular dan metabolisme hari ini mengumumkan perjanjian eksklusif dengan The Jackson Laboratory (JAX) untuk menggunakan saluran pengedarannya yang bertaraf dunia bagi menyediakan model mencit FATZO kepada penyelidik di seluruh dunia.

Sebagai pengedar eksklusif model FATZO untuk CrownBio, JAX, organisasi penyelidikan bioperubatan bebas tanpa untung akan menggunakan kepakarannya dalam pembiakan, penghasilan dan penghantaran model mencit berkualiti tinggi untuk meningkatkan akses seluruh dunia dengan segera. Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, JAX akan menyediakan bekalan model yang diutamakan demi menampung platform perkhidmatan global CrownBio dalam penanda obesiti, diabetes dan penyakit berkaitan.

Model FATZO, model proprietari CrownBio yang unik adalah model mencit poligen biak baka dalam yang relevan translasi dan ideal untuk kajian obesiti, sindrom metabolik dan diabetes, serta pembangunan ubat-ubatan. Model ini sensitif terhadap menghidap obesiti dan sindrom metabolik di bawah pengaruh diet tinggi lemak, yang telah didemonstrasikan sebagai faktor signifikan untuk manusia menghidap penyakit-penyakit ini. Model ini juga menunjukkan perkembangan penyakit yang serupa dengan manusia, yang menjadikannya calon yang sesuai sebagai model sindrom metabolik manusia.

“Saya teruja kerana hubungan kami yang berterusan dengan The Jackson Laboratory telah menghasilkan perjanjian ini dan bakal memudahkan akses kepada FATZO, justeru mempercepatkan penemuan dalam obesiti, diabetes, dan NAFLD/NASH,” kata Dr. Jim Wang, naib presiden kanan bahagian Penyakit Kardiovaskular dan Metabolik CrownBio.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang mencit FATZO dan platform Penyakit Kardiovaskular dan Metabolik Crown, lawati: www.crownbio.com/cvmd

Perihal Crown Bioscience Inc.

Crown Bioscience ialah syarikat perkhidmatan penemuan dan pembangunan ubat-ubatan global yang menyediakan platform translasi untuk melanjutkan penyelidikan penyakit onkologi dan metabolisme. Dengan pelbagai model dan alat ramalan relevan, Crown Bioscience membolehkan pelanggan memberikan calon klinikal yang lebih baik.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=11932

No comments:

Post a Comment