Tuesday, March 5, 2019

PROJECT MANAGEMENT INSTITUTE MENAMAKAN SUNIL PRASHARA SEBAGAI PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YANG BAHARU

PHILADELPHIA, 5 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Project Management Institute (PMI) hari ini mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah mereka telah menamakan Sunil Prashara sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO), berkuatkuasa serta merta. Dalam peranan baharu beliau, Sunil akan bertindak sebagai penyokong utama bagi organisasi global PMI, yang memberi perkhidmatan kepada lebih daripada tiga juta profesional di hampir setiap negara di dunia. Menjalin kerjasama dengan Lembaga Pengarah itu, beliau akan menyelia pelaksanaan pelan strategik baharu PMI dan membimbing organisasi itu ke arah satu masa depan yang direka untuk membantu berjuta-juta profesional projek di seluruh dunia mempercepatkan kerjaya mereka dan memastikan idea-idea menjadi satu kenyataan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190304005698/en/

“Membina di atas legasi mereka selama 50 tahun di dalam memajukan amalan pengurusan projek di seluruh dunia, PMI telah menetapkan satu kursus baharu yang menarik untuk tempoh 50 tahun ke hadapan dan seterusnya,” kata Randall T. (Randy) Black, P. Eng., PMP, pengerusi bagi Lembaga Pengarah PMI. “Kepimpinan global Sunil, kepakaran di dalam transformasi digital, dan semangat untuk sasaran PMI menjadikan beliau satu pilihan yang semula jadi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kami yang seterusnya. Kepimpinan beliau juga akan menandakan satu era di dalam peningkatan ketelusan dan kerjasama untuk merangsang anggota, sukarelawan dan pihak berkepentingan di dalam menyokong usaha PMI -- memastikan bahawa kami menyampaikan impak dan nilai pengurusan projek di seluruh dunia.”

Sunil membawa lebih daripada tiga dekad kepimpinan global yang amat bernilai kepada PMI, dengan rekod prestasi yang kukuh untuk menetapkan strategi, menyampaikan agenda transformasi berskala besar, dan memenuhi cabaran pertumbuhan dan keuntungan untuk organisasi antarabangsa.

“Teknologi sedang mengubah cara dunia menjalankan perniagaan dengan secepat kilat. Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan di PMI untuk menyampaikan satu inisiatif berbilang tahun yang berani, yang direka dan baharu bagi mempertajamkan hala tuju strategik organisasi itu, meningkatkan keupayaan teknologi mereka untuk mendakap arah haluan tempat kerja yang berubah, dan memberikan nilai yang tidak terhingga kepada ahli, sukarelawan, cabang dan profesional projek,” kata Sunil. “Sebagai sebuah peneraju perniagaan global bagi syarikat-syarikat besar dan kompleks di seluruh dunia, saya telah melihat secara langsung kuasa yang dibawa oleh pengurusan projek profesional di dalam menjadikan individu dan organisasi mereka berjaya.”

Sebelum menyertai PMI, Sunil berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di i1too Ltd di United Kingdom, sebuah pencepat jualan untuk syarikat permulaan digital, yang beliau asaskan pada tahun 2016 dan berkembang di peringkat antarabangsa. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi Expereo International, dan juga memegang beberapa kedudukan kepimpinan eksekutif di sepanjang industri teknologi maklumat dan komunikasi dan industri telekomunikasi. Pengalaman pelbagai fungsi pelbagai budaya, pelbagai geografi beliau yang meluas termasuk pengurusan jualan, operasi dan transformasi digital bagi syarikat-syarikat seperti Vodafone, Nokia, Accenture dan Perot Systems (NTT). Sebagai seorang eksekutif perniagaan, beliau telah membangunkan satu penghargaan untuk kepakaran pengurusan projek, dan memahami daripada satu perspektif "luaran" bagaimana PMI dapat mengembangkan jangkauan mereka di seluruh dunia.

Maklumat mengenai Project Management Institute (PMI)

Project Management Institute (PMI) adalah persatuan yang terkemuka di dunia bagi mereka yang menganggap pengurusan projek, program atau portfolio sebagai profesion mereka. Ditubuhkan pada tahun 1969, PMI menyampaikan nilai bagi lebih daripada tiga juta profesional yang bekerja di hampir setiap negara di dunia melalui sokongan, kerjasama, pendidikan dan penyelidikan global. Kami memajukan kerjaya, meningkatkan kejayaan organisasi dan memajukan lagi profesion pengurusan projek melalui piawaian, pensijilan, komuniti, sumber, peranti, penyelidikan akademik, penerbitan, kursus pembangunan profesional dan peluang-peluang rangkaian yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada keluarga PMI, ProjectManagement.com mencipta masyarakat global dalam talian yang menyampaikan lebih banyak sumber, peranti yang lebih baik, rangkaian yang lebih besar dan perspektif yang lebih meluas.
 
Layari kami di www.PMI.orgwww.projectmanagement.com
www.facebook.com/PMInstitute dan di Twitter @PMInstitute.

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20190304005698/en/

Hubungi

Karen Flanagan
+1 610-356-4600 x1092
Karen.flanagan@pmi.org

Sumber : Project Management Institute (PMI)

No comments:

Post a Comment