Friday, March 29, 2019

KIRIN BEVERAGE MENCIPTA SEMULA REKOD KEBANGSAAN MEREKA SENDIRI UNTUK BOTOL PLASTIK 2 LITER PALING RINGAN

TOKYO, 29 Mac, 2019 /Kyodo JBN - AsiaNet / --
 
- Bahagian atas Botol Yang Lebih Ringan Membantu Mengurangkan Kesan Alam Sekitar -
 
Kirin Beverage Co., Ltd. telah berjaya mengurangkan berat bagi botol plastik 2 liter mereka dari 28.9 gram – yang paling ringan dari jenisnya di Jepun setakat 20 Mac, 2019 -- kepada 28.3 gram dengan menjadikan bahagian atas botol itu lebih ringan. Pencapaian ini adalah hasil daripada usaha syarikat itu untuk “meningkatkan kelestarian bagi bahan mentah untuk botol-botol plastik” di bawah “Dasar Plastik Kumpulan Kirin,” satu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kirin Holdings Co., Ltd. untuk mempromosikan penggunaan plastik dan peredaran sumber yang mapan. Botol plastik yang lebih ringan itu akan digunakan untuk "Air Ion Alkali Kirin" bermula pada April tahun ini.
 
Pengenalan buat kali pertama botol plastik 2 liter itu, yang kini merupakan yang paling ringan di Jepun pada berat 28.3 gram, telah dibangunkan dengan kerjasama Makmal Penyelidikan Kumpulan Kirin untuk Teknologi Pembungkusan dengan berjaya mengurangkan beratnya melalui pengubahsuaian bagi bahagian berulir pada atas botol dengan benang skru yang lebih meruncing dan skru yang lebih pendek.
 
Dengan menggunakan botol plastik ini, syarikat itu akan dapat mengurangkan penggunaan resin polietilena tereftalat (PET) sebanyak kira-kira 107 tan* setahun dan mengurangkan pelepasan CO2 sebanyak 375 tan* setahun.
* Anggaran oleh syarikat itu berdasarkan kepada hasil jualan untuk tahun 2018
 
(Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/201903224551?p=images)
 
Kirin Beverage telah lama mengusahakan aktiviti untuk mengurangkan impak alam sekitar. Dalam membangunkan kontena dan pembungkusan yang mesra alam sekitar, syarikat itu telah memperkenalkan "botol pekologi" ultra ringan bagi botol plastik 2 liter “Air Ion Alkali” pada Jun 2003, mengurangkan jumlah beratnya dari 63 gram kepada 42 gram. “Botol pekologi” itu terus digunakan untuk botol plastik 2 liter bagi “Kirin Nama-cha (teh hijau)” dan “Kirin Amino Supli” pada Mac 2005 dan kepada botol plastik 1.5 liter bagi “Kirin Gogo no Kocha (teh hitam),” pada April 2008.
 
Pada November 2010, berat bagi “botol pekologi” itu dikurangkan lagi kepada 35 gram (38 gram untuk sesetengah produk) dan sebuah “botol pekologi” yang baharu diperkenalkan untuk semua botol plastik 2 liter bagi kegunaan rumah dengan satu reka bentuk universal, menjadikannya lebih mudah bagi pengguna untuk memegang botol itu dan menyajikan apa yang ada di dalamnya.
 
Satu reka bentuk baharu telah dipilih pada Mac 2015 untuk botol 2 liter bagi “Air Ion Alkali” ketika ia berkembang menjadi sebuah "botol pekologi" baharu yang lebih mudah untuk dipegang, dikendali dan dibuang, dengan beratnya 28.9 gram. Syarikat itu berikrar untuk terus membuat botol yang lebih ringan dan pada masa yang sama menimbangkan kemudahan bagi pelanggan.
 
Sumber: Kirin Beverage Co., Ltd

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment