Wednesday, March 20, 2019

P&G MENETAPKAN SASARAN BAHARU UNTUK MENYAMPAIKAN 25 BILLION LITER AIR MINUMAN BERSIH KEPADA KELUARGA YANG MEMERLUKANNYA DI SELURUH DUNIA

Setelah mencapai sasaran 2020 mereka untuk menyalurkan 15 bilion liter satu tahun lebih awal, Syarikat itu meningkatkan sasaran mereka kepada 25 bilion liter air bersih menjelang tahun 2025

CINCINNATI, 19 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada Hari Air Sedunia ini, Procter & Gamble (P&G) meraikan pencapaian matlamat mereka pada tahun 2020 bagi menyampaikan 15 bilion liter air minuman bersih melalui Program Air Minuman Selamat Kanak-kanak (CSDW) mereka yang tidak mencari keuntungan. P&G kini mempercepatkan usaha mereka untuk membantu menyediakan air minuman bersih kepada lebih ramai orang dengan menyalurkan 25 bilion liter -- lebih daripada 100 bilion gelas air -- di seluruh dunia menjelang tahun 2025.

Sejak program itu dilancarkan pada tahun 2004, P&G telah bekerjasama rapat dengan satu rangkaian yang terdiri daripada lebih 150 rakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai krisis air global dan menyediakan air kepada keluarga di lebih 90 buah negara melalui satu proses penulenan yang mudah dicipta oleh seorang saintis mendobi P&G. Dengan hanya satu paket, sebuah baldi, sebatang kayu dan sehelai kain bersih, 10 liter air kotor, yang berpotensi membawa maut, boleh ditukar untuk menjadi air yang bersih dan boleh diminum dalam hanya 30 minit.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hampir 844 juta orang di seluruh dunia tidak mempunyai akses kepada air minuman yang bersih. UNICEF menganggarkan bahawa wanita dan kanak-kanak menghabiskan 40 bilion jam setiap tahun untuk mengumpul dan menguruskan air yang seringkali tercemar. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah memberi keutamaan kepada keperluan untuk menangani masalah ini melalui Matlamat Pembangunan Lestari PBB #6 yang bertujuan untuk memastikan air bersih dan sanitasi yang sesuai bagi semua menjelang tahun 2030.

Sehingga kini, usaha P&G untuk menyediakan akses kepada air bersih sedang mengubah masyarakat dengan meningkatkan kesihatan, membolehkan pendidikan dan meningkatkan peluang-peluang ekonomi.

“Kami berbangga kerana telah mencapai matlamat 15 bilion liter ini dan mendapat inspirasi oleh peluang untuk membuat impak yang lebih besar melalui matlamat baharu kami,” kata David Taylor, Pengerusi bagi Lembaga, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif P&G. “Teknologi yang mengubah kehidupan ini telah membantu banyak keluarga sepanjang tempoh 15 tahun yang lalu, dan kami teruja untuk membantu lebih banyak lagi pada tahun-tahun akan datang.”

P&G bekerjasama dengan National Geographic sekali lagi pada tahun ini untuk merayakan Hari Air Sedunia dan berkongsi cerita mengenai lima "Juara Air" -- yang bekerja setiap hari, secara individu dan bersama dengan P&G, untuk membantu menyelesaikan krisis air. Juara Air itu mewakili empat daripada rakan terbesar P&G dan termasuk:
- Patricia Heaton, Pelakon wanita yang telah memenangi anugerah Emmy dan Duta World Vision
- Carolyn Miles, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Save the Children
- JP Suarez, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Pentadbiran, Walmart International
- Job Wasonga, Pengurus Projek, CARE International Kenya
- Alllison Tummon Kamphuis, Pemimpin Program Air Minuman Selamat Kanak-kanak, P&G

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11966

No comments:

Post a Comment