Thursday, March 28, 2019

PELABURAN ESG DI ASEAN MEMPUNYAI MASA DEPAN YANG CERAH; WALAU BAGAIMANAPUN, CABARAN TETAP ADA, KATA AJC DALAM SATU KAJIAN BAHARU MENGENAI PELABURAN ESG DI ASEAN

TOKYO, 28 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pelaburan ESG telah dilaksanakan secara tersirat dan tidak sistematik di kalangan firma-firma ASEAN tetapi ia mempunyai masa depan yang cerah, menurut satu kajian berhubung Pelaburan ESG di rantau ASEAN yang dikeluarkan oleh Pusat ASEAN-Jepun (AJC).
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190327005869/en/
 
Pelaburan alam sekitar, sosial, dan tadbir urus (ESG) telah mendapat momentum di seluruh dunia dan kuasa itu sedang bergerak ke arah Asia, terutamanya di Negara Anggota ASEAN. Berlatarbelakangkan ini, AJC, sebuah organisasi antara kerajaan bagi ASEAN dan Jepun yang berpusat di Tokyo, telah mengeluarkan satu kajian “Pelaburan ESG: Ke Arah Pembangunan Mapan di ASEAN dan Jepun” (https://www.asean.or.jp/en/wp-content/uploads/sites/3/ESG_web.pdf) untuk menggesa pelabur agar melabur secara bertanggungjawab dengan memahami pelaburan ESG dan menyumbang kepada persekitaran pelaburan dan masyarakat yang lebih baik dan lestari di Jepun dan di Negara Anggota ASEAN.
 
Mesej utama bagi kajian itu adalah seperti berikut:
 
Pelaburan ESG adalah untuk semua pelabur
Oleh kerana pelaburan ESG pada asalnya adalah dari pasaran kewangan, ia lazimnya dianggap bahawa pelaburan ESG adalah hanya untuk pelabur kewangan. Walau bagaimanapun, faktor-faktor ESG harus menjadi satu keutamaan bagi semua pelabur, termasuk pelabur di dalam sektor benar atau usahawan. ESG bukan sahaja penting sebagai satu isyarat kepada pelabur, tetapi, memandangkan ia sesuai untuk objektif perniagaan dan penjanaan nilai, ia adalah penting untuk memaksimumkan keuntungan bagi semua syarikat. ESG juga boleh membantu syarikat-syarikat baharu dan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing mereka. Oleh itu, kesemua syarikat, tanpa mengira saiz mereka dan sama ada mereka disenaraikan di sebuah pasaran saham, harus mengintegrasikan pelaburan ESG di dalam strategi perniagaan utama mereka dan mempertimbangkan pelaburan ESG sebagai satu bahagian penting di dalam strategi pertumbuhan.
 
Pelaburan ESG bergerak dari nic kepada norma
Terdapat permintaan yang meningkat untuk pelaburan ESG di seluruh dunia dan secara beransur-ansur ke Asia, terutamanya ASEAN. Khususnya, ASEAN-5 menunjukkan satu trend pelaburan ESG yang cerah, sedangkan lebih banyak usaha diperlukan untuk keseluruhan negara-negara anggota.
 
Rakan sekutu pelaburan ESG dengan keuntungan yang lebih tinggi
Pelaburan ESG membantu firma mengurangkan kos dan meningkatkan pendapatan dan keuntungan. Penemuan utama kami menunjukkan bahawa keuntungan firma-firma ESG adalah, secara purata, lebih tinggi berbanding dengan firma-firma bukan ESG. Nisbah keuntungan bersih kepada jumlah hasil ialah 11.4% untuk firma ESG berbanding dengan 9.6% untuk firma bukan ESG.
 
Pelaburan ESG telah dilaksanakan secara tersirat dan tidak sistematik di kalangan firma-firma ASEAN
Ini menunjukkan potensi pertumbuhan bagi pelaburan ESG di negara-negara ASEAN. Cabaran utama adalah bahawa, walaupun, faktor-faktor ESG ditemui di dalam strategi kemapanan dan tadbir urus firma, firma-firma itu mendapati kesukaran untuk mengintegrasikan sepenuhnya pelaburan ESG di dalam strategi perniagaan utama mereka. Oleh itu, usaha selanjutnya perlu diberikan untuk penyepaduan pelaburan ESG secara jelas dan sistematik.
 
Pelaburan ESG dilaksanakan secara kreatif dan berinovatif di kalangan usahawan ASEAN
AJC mendapati bahawa firma-firma ESG ASEAN sangat kreatif dan berinovatif di dalam mengintegrasikan pelaburan ESG di dalam strategi perniagaan mereka. Mengambil kira faktor-faktor ESG, mereka menawarkan penyelesaian perniagaan dan produk baharu kepada pelanggan mereka, dan pada masa yang sama menggunakan teknologi dan inovasi baharu dalam pengeluaran mereka.
 
Pelaburan ESG di ASEAN mempunyai masa depan yang cerah; Walau bagaimanapun, cabaran tetap ada
Pada masa ini, firma-firma ASEAN tidak sepenuhnya mengintegrasikan pelaburan ESG di dalam strategi perniagaan utama mereka. Cabaran ini ditimbulkan oleh beberapa faktor, termasuk: a) persepsi salah terhadap pelaburan ESG, b) keupayaan terhad untuk mengintegrasikan sepenuhnya pelaburan ESG, dan c) garis panduan dan sokongan yang tidak mencukupi dari bursa dan kerajaan. Di samping itu, masih terdapat hubungan yang lemah di antara pelaburan ESG dan pencapaian oleh SDG. Kemajuan seterusnya oleh firma, bursa, dan pembuat dasar adalah amat penting berdasarkan konteks ini. Cabaran-cabaran ini perlu ditangani dengan kadar segera untuk memanfaatkan potensi pertumbuhan bagi pelaburan ESG.
 
Pelaburan ESG dapat diintegrasikan sepenuhnya ke dalam strategi perniagaan teras melalui langkah-langkah praktikal yang berikut: a) mengubah persepsi terhadap pelaburan ESG untuk mengakui peningkatan kepentingannya dan permintaan untuk ESG; b) merancang bagi sebuah strategi ESG yang berkesan dengan mengejar sasaran yang boleh diukur dan memahami isu-isu kelestarian yang dihadapi oleh sesebuah perniagaan dan industri tertentu; c) mengambil tindakan dengan kreativiti, fleksibiliti, dan inovasi untuk menukar cabaran menjadi peluang; dan d) bekerjasama dengan rakan setara dan melibatkan semua pihak yang berkepentingan untuk menggunakan sepenuhnya gabungan pengetahuan dan ekonomi berskala.
 
Pelaburan ESG perlu dipromosikan dan disokong lagi oleh bursa dan kerajaan: Pengawal selia dan penggubal dasar boleh membantu meneruskan kemajuan pelaburan ESG dengan: a) menyampaikan manfaat bagi pelaburan ESG memandangkan salah tanggapan firma terhadap pelaburan ESG adalah di antara agenda utama; b) melaksanakan satu peraturan penzahiran kelestarian mandatori bagi kedua-dua entiti yang disenaraikan dan tidak tersenarai; c) menyediakan garis panduan dan sokongan khusus, sebagai contoh, sesi perundingan individu, sebuah dialog yang merangkumi semua pemegang kepentingan, antara lain; d) menilai prestasi firma ESG secara berkala untuk menggalakkan sebuah persekitaran yang kompetitif di kalangan firma dan melibatkan semua pihak berkepentingan di dalam proses pemantauan; e) mengambil kesempatan daripada era digital; dan f) menekankan hubungan di antara pelaburan ESG dan SDG bagi mewujudkan sebuah persekitaran pelaburan dan masyarakat yang lebih baik dan lebih mapan.
 
Untuk memuat turun kertas itu, sila layari laman web AJC di https://www.asean.or.jp/en/wp-content/uploads/sites/3/ESG_web.pdf
 
Pusat ASEAN-Jepun
 
Pusat ASEAN-Jepun adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan oleh Negara Anggota ASEAN dan Jepun pada tahun 1981. Ia telah mempromosikan eksport dari ASEAN ke Jepun dan pada masa yang sama menggiatkan pelaburan, pelancongan serta pertukaran rakyat dengan rakyat di antara negara anggota ASEAN dan Jepun.
URL: https://www.asean.or.jp/en/

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190327005869/en/
 
Hubungi

Pusat ASEAN-Jepun
Junko Nukiyama
TEL +81-3-5402-8118
FAKS +81-3-5402-8003
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp
Tingkat 1, Bangunan Shin Onarimon, 6-17-19 Shimbashi,
Minato-ku, Tokyo 105-0004 Jepun
 
Sumber: Pusat ASEAN-Jepun
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment