Friday, March 22, 2019

LUCIDWORKS MENGUMUMKAN PERJANJIAN PENGEDAR KOREA EKSKLUSIF DENGAN TOBESOFT

Penyedia carian dikuasakan AI meneruskan perkembangan di APAC, mengumumkan kerjasama strategik dengan peneraju platform pembangunan rendah kod Korea, Tobesoft

SAN FRANCISCO dan HONG KONG, 20 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lucidworks, peneraju dalam aplikasi carian dikuasakan AI, mengumumkan perjanjian pengedar pertama mereka di APAC dengan platform pembangunan rendah kod Korea, Tobesoft. Tobesoft kini merupakan pengedar tunggal Fusion, platform pembangunan untuk pasukan mereka bentuk, membina dan mengerahkan aplikasi carian dan data yang berkuasa, milik Lucidworks di Korea. Kedua-dua syarikat melihat ini sebagai kerjasama strategik untuk membangunkan lagi penyelesaian bagi lebih banyak perdagangan digital pintar dan pembangunan tempat kerja digital, serta penawaran dikuasakan AI lain untuk pasaran perusahaan.

Pada tempoh sembilan bulan yang lepas, Lucidworks telah menggandakan pasukan mereka dalam penyediaan untuk perkembangan dan peluasan global, termasuklah pengambilan Robert Lau, Ketua Pegawai Operasi APAC dan Pasaran Membangun Global, serta pejabat baharu di Hong Kong. Lucidworks mendekati Tobesoft, peneraju dalam rantau APAC, atas sebab kepakaran dan pengetahuan mereka dalam pasaran Korea yang pesat membangun. Produk utama Tobesoft, Nexacro, memiliki 60% saham pasaran di Korea dengan pelanggan seperti Samsung dan Hyundai. Platform pembangunan rendah kod yang mengagumkan ini membolehkan pembangun untuk mencipta tapak web dan aplikasi dengan cepat secara serentak dalam membina pengalaman pengguna yang berkuasa.

“Ramai pelanggan takut untuk mendekati AI atau ML dan menganggapnya susah atau mustahil untuk dilaksanakan dalam operasi semasa mereka,” kata Timbalan Pengerusi Tobesoft, Mun-Young Lee. “Lucidworks berjaya memberikan AI yang berkuasa dan mesra pengguna dengan mengurangkan banyak komplikasi tersembunyi pembelajaran mesin yang ditakuti oleh kita yang bukan saintis data. Dengan menyepadukan kepakaran AI Lucidworks dan kemampuan UI/UX kami sendiri, kami mempunyai peluang untuk memberikan penyelesaian perusahaan generasi seterusnya kepada pelanggan kami. Kami teruja untuk memperkembangkan hubungan kami melebihi sekadar vendor-pengedar untuk mencipta penyelesaian yang lebih baik untuk industri seperti perdagangan digital dan tempat kerja digital.” 

No comments:

Post a Comment