Wednesday, March 27, 2019

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO MENGANJURKAN PAMERAN BUDAYA PEDANG, PERISAI JEPUN - "SEMANGAT DAN KEINDAHAN PEDANG DAN PERISAI JEPUN OLEH PEKERJA MAHIR LEGENDA"

TOKYO, 27 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo  (KPH), satu daripada hotel antarabangsa paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan satu pameran khas bertajuk “Semangat dan Keindahan Pedang dan Perisai Jepun oleh Pekerja Mahir Legenda” yang memaparkan pedang-pedang dan perisai Jepun yang indah dari 25 April ( Khamis) hingga 27 Jun (Khamis), 2019 di lobi tingkat 3 di Hotel kami. Pameran ini adalah sebahagian daripada siri program kebudayaan kami yang direka untuk memperkenalkan pelbagai aspek budaya Jepun kepada tetamu kami yang mengunjungi Hotel dari lebih 100 buah negara di seluruh dunia. Pelbagai pedang dan perisai lama yang berharga yang dibuat semasa Zaman Heian (794-1185) dan tempoh sejarah Jepun yang lain akan dipamerkan, bersama-sama dengan “tsuba” (pemegang pedang yang memisahkan pemegang daripada mata pedang) dan kelengkapan hiasan pedang yang lain. Pada 14 Mei, dua pakar bagi lukisan pedang dari Sekolah Ryushin Shouchi akan memberikan persembahan secara langsung di lobi Utama dari pukul 5 petang.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190326005414/en/

Tujuh bilah pedang dari pelbagai zaman dalam sejarah Jepun yang bermula pada Zaman Heian (794-1185) sehingga detik terkini pada Zaman Heisei (1989-2019) akan dipaparkan untuk menunjukkan teknik yang berbeza yang digunakan dan penambahbaikan yang dibuat dari semasa ke semasa. Pelawat ke pameran itu akan memperolehi kewajaran mengenai keindahan estetik yang digambarkan dalam corak yang ditinggalkan pada pedang dari pembajaan sebagai sebahagian daripada proses penempaan, perhiasan terperinci yang berukuran satu sentimeter, pemegang pedang “tsuba”, dan aspek lain bagi pedang yang dipamerkan. Pedang-pedang telah menjadi satu barangan simbol yang paling penting yang mencerminkan semangat kelas pahlawan dalam sejarah Jepun, dan kaitan mereka dengan barang-barang kebudayaan dan kesenian yang sangat dihormati yang tetap kukuh di zaman moden Jepun.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11995

No comments:

Post a Comment