Friday, March 1, 2019

JOHNSON MATTHEY DAN LITHIUM WERKS MENANDATANGANI PERJANJIAN PEMBEKALAN BAHAN BATERI LFP JANGKA MASA PANJANG

HENGELO, Belanda, 1 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Johnson Matthey (JM), peneraju global dalam sains yang menjadikan dunia lebih bersih dan sihat, telah menyertai perjanjian pembekalan bahan bateri jangka masa panjang bersama dengan syarikat storan tenaga dan bateri, Lithium Werks.

Di bawah perjanjian tersebut, yang akan bermula 1 April 2019 dan berkuatkuasa selama lima tahun, JM akan membekalkan bahan katod bateri litium ferum fosfat (LFP) yang dikilangkan di fasilitinya di Changzhou, China.

Bahan katod tersebut ialah komponen utama dalam sel bateri yang dihasilkan oleh Lithium Werks, untuk pelbagai aplikasi, termasuklah pengendalian bahan, penggerak besar, maritim dan storan tenaga.

Melalui penggabungan teknologi LFP lanjutan JM ke dalam bateri Lithium Werks, kedua-dua syarikat teruja untuk bekerjasama dalam menyokong permintaan yang semakin meningkat daripada industri dan pengguna untuk teknologi storan tenaga yang berprestasi lebih tinggi.

Mengulas tentang perjanjian tersebut, Alan Nelson, Ketua Pegawai Teknologi dan Ketua Eksekutif di perniagaan Bahan Bateri JM berkata: “Kami berbesar hati untuk menyertai perjanjian dengan Lithium Werks untuk membekalkan LFP kami.  Kami teruja untuk membangunkan hubungan kami dengan lebih lanjut untuk JM terus melaksanakan strateginya bagi meningkatkan pertumbuhan dalam bahan bateri.”

Mengulas tentang perjanjian tersebut, T. Joseph Fisher III, Ketua Pegawai Eksekutif, Lithium Werks berkata: “Mempunyai bekalan bahan katod yang terjamin untuk jangka masa yang panjang daripada pembekal kukuh seperti Johnson Matthey akan memberikan kepastian tambahan kepada pelanggan kami dan mendayakan peralihan ke tenaga yang bersih dan boleh diperbaharui mapan.”

Perihal Johnson Matthey

Johnson Matthey ialah peneraju global dalam sains yang menjadikan dunia lebih bersih dan sihat. Dengan lebih daripada 200 tahun komitmen berterusan kepada inovasi dan kejayaan teknologi, kami meningkatkan prestasi, fungsi dan keselamatan produk pelanggan kami. Sains kami mempunyai impak yang besar dalam bidang seperti pengangkutan rendah pengeluaran, farmaseutikal, pemprosesan kimia dan menggunakan sumber semula jadi planet ini secara paling efisien. Hari ini, lebih daripada 14,000 ahli profesional Johnson Matthey bekerjasama dengan rangkaian pelanggan dan rakan kongsi kami untuk membuat perubahan sebenar kepada dunia di sekeliling kita. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati www.matthey.com.

Menginspirasikan sains, meningkatkan kehidupan

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: 
Rebecca Williams di Johnson Matthey
+44 (0) 20 7269 8400
jmpr@matthey.com

Perihal Lithium Werks
Lithium Werks ialah syarikat bateri litium-ion global yang kian berkembang, berpangkalan di Hengelo, Belanda, dengan kemudahan penghasilan di China serta pejabat dan kemudahan gudang di Belanda, A.S., U.K. dan Norway. Lithium Werks menyediakan sel, modul dan sistem pengurusan tenaga untuk pengendalian bahan, penggerak besar, maritim dan storan tenaga.

Media.Relations@LithiumWerks.com
Jorn Madslien +44 (0)28 9084 5411

Investor.Relations@LithiumWerks.com
Bart Morselt +31 (0) 74 820 0010

SUMBER : Lithium Werks

No comments:

Post a Comment