Wednesday, March 20, 2019

Polyplastics tembusi pasaran EV, pertingkat usaha pembangunan bahan

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Polyplastics Co Ltd (Polyplastics), syarikat kejuruteraan plastik berpangkalan di Jepun, berjaya menembusi pasaran kenderaan elektrik (EV) dengan bahan alternatif logam yang lebih baik, seiring perkembangan usaha pengelektrikan kereta yang turut mentransformasi industri automotif, 
Produk syarikat itu, DURANEX® PBT CG7030 memiliki ciri-ciri seperti serapan air lebih rendah dan penjejakan tinggi (CTI:600V) bagi bahagian bervoltan tinggi seperti unit kawalan kuasa (PCU).

Bahan nilai CTI tinggi itu sememangnya diperlukan berikutan air dan garam berupaya menembusi bahagian bervoltan tinggi dan menjejaskan fungsi penjejakan terbabit.
Selain itu, Polyplastics turut menawarkan DURAFIDE® PPS 6150T73 dengan ciri rintangan kejutan haba yang tinggi, kestabilan dimensi yang kukuh serta rintangan haba dan bahan kimia bagi tujuan memasukkan aplikasi acuan logam untuk kegunaan EV.
Syarikat itu turut meninjau penggunaan bahan baharu bagi menggantikan logam dalam rangka PCU, khususnya fungsi pelindung elektromagnetik yang sedang dibangunkan.
Polyplastics juga menyasarkan pembangunan bagi aplikasi EV lainnya seperti motor serta bateri.
Maklumat lanjut mengenainya boleh diperolehi menerusi laman sesawang https://www.polyplastics.com/en/product/lines/car_2/index.html

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment