Thursday, March 7, 2019

LAPANGAN TERBANG TERKEMUKA DUNIA BAGI PENGALAMAN PELANGGAN DIUMUMKAN

MONTREAL, 7 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Airports Council International (ACI) World hari ini mengumumkan pemenang bagi Anugerah Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang mereka yang terkenal di dunia yang mengiktiraf lapangan terbang di seluruh dunia yang menyampaikan pengalaman pelanggan yang terbaik.
 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda, Bangalore, India, memenangi Anugerah Ketibaan ASQ yang pertama, berdasarkan kepada Tinjauan Ketibaan yang baharu – lapangan terbang pertama untuk memenangi kedua-dua anugerah Perlepasan dan Ketibaan.
 
Pemenang-pemenang yang lazim dari seluruh dunia termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Indianapolis, Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Negara Beijing, Lapangan Terbang Changi Singapura, dan Toronto Pearson, Aeroporto di Roma-Fiumicino, Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapati Shivaji di Mumbai, Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo.
 
Tahun ini, beberapa lapangan terbang telah memenangi Anugerah ASQ mereka yang pertama, termasuk Aeropuerto Internacional Ramón Villeda Morales di Honduras, serta lapangan terbang Dublin, Oslo, Helsinki, Southampton, Bristol, dan Bandar Raya London.  Aeropuerto de Almería, Aeropuerto de Girona, Aeropuerto de Melilla, Aeropuerto de Zaragoza, dan Aeropuerto de Alicante-Elche dari Sepanyol juga merupakan pemenang buat kali pertama. Lapangan Terbang Fort McMurray di Kanada dan Lapangan Terbang Muscat di Oman juga merupakan pendatang baharu kepada fraterniti Anugerah ASQ, manakala beberapa pemenang utama sebelum ini sekali lagi dipaparkan dengan jelas.
 
Di dalam kategori baharu “Infrastruktur dan Permudahan Terbaik”, tidak kurang daripada tujuh lapangan terbang Indonesia dan lapan lapangan terbang China diiktiraf di dalam kategori saiz mereka.
 
“Anugerah Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang meraikan pencapaian lapangan terbang di dalam menyampaikan pengalaman pelanggan terbaik dan mereka melambangkan penghargaan paling tinggi bagi pengendali lapangan terbang di seluruh dunia,” kata Ketua Pengarah ACI World Angela Gittens.
 
“Dalam kedua-dua kategori tradisional dan baharu, lapangan terbang ini telah memberikan respons kepada keperluan penumpang yang semakin berkembang untuk menyampaikan tahap perkhidmatan yang lebih tinggi dan prestasi yang mampu memenangi anugerah.
 
“Lapangan terbang telah memperakui bahawa menyampaikan suatu pengalaman pelanggan yang lebih baik adalah satu alat perniagaan yang penting di dalam sebuah industri yang semakin berdaya saing. ASQ ACI adalah satu-satunya program yang diwujudkan secara global yang menyediakan pengukuran objektif dan penanda aras bagi lapangan terbang untuk membantu memacukan prestasi mereka.”
 
Lapangan terbang yang menang akan bertemu pada Majlis Anugerah ASQ, yang akan diadakan semasa Sidang Kemuncak Global Pengalaman Pelanggan ACI kedua, yang berlangsung di Bali, Indonesia pada September.
 
Program Perlepasan ASQ mengukur kepuasan penumpang merentasi 34 petunjuk prestasi utama. Tiga perempat dari 100 lapangan terbang paling sibuk di dunia adalah sebahagian daripada program itu yang bermakna bahawa, pada tahun 2018, lebih separuh daripada 8.3 bilion pelancong di dunia melepasi sebuah lapangan terbang ASQ.
 
Lihat senarai Pemenang Anugerah ASQ untuk tahun ini.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190306005004/en/
 
Hubungi
 
ACI World
Anita Berthier
+1-514-373-1254
mediarelations@aci.aero
 
Sumber : Airports Council International
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment