Thursday, March 14, 2019

MARY KAY MENDEDAHKAN PENYELIDIKAN TERKINI PADA KONGRES DERMATOLOGI DUNIA KE-20

Syarikat Kosmetik Global akan Menyertai Pakar-pakar Penjagaan Kulit Terkemuka Dunia pada Acara Singapura

DALLAS, 13 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sebagai sebuah daripada inovator penjagaan kulit terkemuka dunia di dalam industri jualan langsung dan kosmetik, Mary Kay Inc. meneruskan komitmen mereka selama beberapa dekad kepada penyelidikan sains kulit sebagai sebuah penaja bagi Kongres Dermatologi Dunia ke-20. Acara itu, yang diadakan pada 13-14 Mac di Singapura, menyatukan penyelidik, ahli akademik dan saintis dari komuniti dermatologi di seluruh dunia untuk bertukar maklumat tentang kemajuan teknologi dan pencapaian saintifik baharu.

Tema bagi Dermatologi Dunia 2019 itu adalah “Menjelajahi Pendekatan Baharu di dalam Dermatologi.” Dengan merapatkan jurang di antara pakar-pakar dari seluruh pelusuk dunia, acara itu menyediakan analisis mutakhir, penjelajahan dan rawatan bagi keadaan yang dikenal pasti dengan kulit, rambut dan kuku. Persidangan itu memberi tumpuan kepada kesihatan kulit, penyakit kulit, manifestasi alahan, dermatologi klinikal dan dermatologi kosmetik.

David Gan, Saintis Kanan Utama di Mary Kay Inc., akan membentangkan beberapa pandangan baharu di dalam menilai dan memahami kemerahan muka. Berdasarkan kepada usaha ini, para saintis Mary Kay telah mengenal pasti ekstrak botani yang dapat mengurangkan pengeluaran protein dan enzim proinflamatori pada kulit dan menghasilkan satu formulasi kosmetik yang mengandungi ekstrak ini untuk menangani masalah kemerahan muka secara berkesan. Selepas empat minggu penggunaannya, formula kosmetik itu telah mengurangkan kemerahan muka secara keseluruhan dan suhu kulit pada subjek yang mengalami kerengsaan kulit yang berterusan.

“Sebagai seorang ahli biologi kulit, saya amat berbesar hati untuk berkongsi penyelidikan kulit Mary Kay yang berinovatif ini yang berkaitan dengan kemerahan muka dengan komuniti saintifik yang lebih luas,” kata Gan. ”Di Mary Kay, tidak ada yang lebih bermanfaat daripada menangani isu-isu kulit yang memberi impak kepada wanita dan mencipta produk yang berinovatif yang memberikan manfaat pada kulit yang dicari oleh pengguna. Hasil penyelidikan yang berterusan ini akan membantu kami membuat produk-produk Mary Kay® lebih baik kerana kami mempertimbangkan kebimbangan dan pengalaman pengguna kami.”

Pasukan Penyelidikan dan Pembangunan Mary Kay, yang diketuai oleh Dr. Lucy Gildea, Ketua Pegawai Saintifik Mary Kay, terdiri daripada saintis terkenal yang memiliki ijazah kedoktoran dan ijazah lanjutan yang lain dalam pelbagai bidang: biologi kulit, biologi sel, kimia, biokimia dan banyak lagi. Pasukan saintis ini komited untuk menemui trend dan teknologi yang membolehkan syarikat itu menghasilkan produk hebat yang memberi manfaat kepada pengguna.

“Menjalin kerjasama dengan pakar-pakar penjagaan kulit terkemuka dunia pada Kongres Dermatologi Dunia ke-20 memberi peluang untuk berkongsi kemajuan teknologi terkini dan penemuan saintifik berhubung kesihatan kulit,” kata Dr Gildea. “Penajaan kami ke atas Kongres Dermatologi Dunia itu adalah satu daripada siri perkongsian Mary Kay dengan komuniti saintifik dan akademik di seluruh dunia dan mempamerkan komitmen kami yang berterusan kepada penyelidikan sains kulit.”

Mary Kay berada di barisan hadapan inovasi dengan lebih daripada 700 produk dalam portfolio global mereka. Dengan lebih daripada 1,500 paten untuk produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan, Mary Kay telah memupuk sebuah budaya inovasi dan melabur berjuta-juta dolar pada setiap tahun dalam penyelidikan dan pembangunan. Pelantikan Dr. Lucy Gildea baru-baru ini kepada pasukan eksekutif syarikat itu dan pembukaan kemudahan pembuatan dan penyelidikan dan pembangunan global Mary Kay yang baharu, canggih, berpangkalan di Amerika Syarikat memperluaskan lagi kepimpinan jenama kecantikan terunggul dalam pembangunan dan inovasi produk yang berasaskan sains.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dermatologi Dunia 2019, sila klik di sini.

Maklumat mengenai Mary Kay

Di Mary Kay, kejayaan terletak pada dedikasi kami terhadap produk-produk yang sangat menarik, satu peluang yang memberi ganjaran dan impak masyarakat yang positif. Selama 55 tahun, Mary Kay telah memberi inspirasi kepada wanita untuk mencapai matlamat keusahawanan mereka di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat bernilai berbilion dolar, kami menawarkan penjagaan kulit termaju yang terkini, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berani. Ketahui lebih banyak sebab untuk mencintai Mary Kay di marykay.com.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11946

No comments:

Post a Comment