Thursday, March 14, 2019

BLACK HAT ASIA 2019 MENGEMBANGKAN PROGRAM KOMUNITI DAN MEMPERLUASKAN PENGATURCARAAN KEPADA KOMUNITI INFOSEC SINGAPURA SETEMPAT

Acara tersebut akan menawarkan forum berkaitan topik dan trend komuniti terkini, pelbagai peluang biasiswa, acara hubungan khusus dan banyak lagi

SAN FRANCISCO, 13 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Black Hat, penganjur acara keselamatan maklumat terkemuka, mendedahkan pengaturcaraan baru untuk Black Hat Asia, dibangunkan untuk meneruskan perkhidmatannya kepada industri InfoSec yang lebih meluas serta kepada komuniti setempat Singapura. Black Hat telah membuat langkah strategik dalam menerima ahli profesional daripada pelbagai bidang dan menawarkan platform untuk membincangkan isu yang memberi kesan kepada komuniti. Tambahan tahun ini kepada program Black Hat Asia akan memberikan peluang untuk menyelesaikan isu yang memberi kesan kepada industri, menjemput dan mendidik individu daripada pelbagai latar belakang dan banyak lagi.

Black Hat Asia akan berlangsung pada 26-29 Mac 2019 di Marina Bay Sands, Singapura. Untuk mendapatkan maklumat lanjut serta penjimatan sebanyak S$200 untuk harga pendaftaran sebelum 22 Mac, sila lawati: blackhat.com/asia-19/registration.html

Acara H.A.S.H. akan berlangsung bersama dengan Black Hat Asia: Khamis, 28 Mac
Akan berlangsung pada hari Khamis semasa Black Hat Asia, Hackers Appreciation & Social Hour (H.A.S.H.) merupakan sesi hubungan dan penghargaan yang diatur oleh Agensi Teknologi Kerajaan (GovTech) & Agensi Keselamatan Siber (CSA) untuk peserta Program Ganjaran Pepijat Kerajaan.

Forum Komuniti: Khamis, 28 Mac
Forum komuniti Black Hat telah dibangunkan untuk memberikan fokus kepada isu berkaitan yang sedang memberi kesan kepada komuniti InfoSec. Buat kali pertama, forum ini akan ditawarkan kepada peserta Black Hat Asia, memberikan maklumat untuk membantu individu yang baru kepada InfoSec, juga kepada profesional yang berpengalaman.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11948

No comments:

Post a Comment